Ismail Sabri Yaakob berkata bukan soal dalaman Umno saja perlu kukuh sebaliknya parti memerlukan keyakinan rakyat untuk kembali kuat.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata jika dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan bagi mengelakkan perpecahan, sebaiknya semua jawatan lain juga tidak dipertandingkan.
Ismail berkata, sebaiknya keputusan tidak mempertandingkan jawatan itu harus difikirkan semula.
“Bukan soal dalaman Umno saja perlu kukuh sebaliknya parti memerlukan keyakinan rakyat untuk kembali kuat,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Beliau berkata, untuk mendapat keyakinan rakyat mahu melihat perubahan dalam Umno terlebih dahulu.
“Kalau betul-betul tak nak perpecahan dalam parti tak payah ada pemilihan ketua bahagian, pemilihan di peringkat akar umbi. Sebab jika ada pemilihan berpecah juga, kenapa dua sahaja, kenapa naib presiden kena bertanding, nanti akan ada cakap berlaku perpecahan, ketua Pemuda kenapa bertanding, tak payah tanding lah.
“Kalau nak parti kita kuat, bukan hanya kita dalam Umno tapi rakyat perlu kita tarik bersama…kita yang nak tengok perubahan dalam parti.
“Malah kita bercakap soal nak menang PRU, adakah tawaran baru kita kepada rakyat dalam Umno sudah mati?” soalnya.
BERITA LANJUT MENYUSUL