Tuan Ibrahim terbuka BN jadi MB Pahang, Saifuddin tak setuju

0

Pengerusi PN Pahang Saifuddin Abdullah mendakwa BN tamak kerana mahu menyandang jawatan menteri besar, namun Tuan Ibrahim Tuan Man dari PAS sedia menyerahkan jawatan itu.
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Pahang diminta menghormati keputusan rakyat negeri itu yang memberi mandat besar kepada Perikatan Nasional (PN), pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.
Pengerusi PN negeri Saifuddin Abdullah mendakwa BN menuntut jawatan menteri besar dan mahukan tujuh kerusi exco selain hanya bersetuju memberikan PN satu kerusi exco sahaja walaupun gabungan itu adalah minoriti yang tiada mandat.
“Parti yang menerima mandat terbesar daripada rakyat Pahang ialah Perikatan Nasional. Itulah kehendak rakyat yang perlu dihormati.
“Sejak awal, PN sedia berunding untuk membentuk kerajaan Pahang tetapi bukan dengan PH yang membawa agenda yang bertentangan dengan kepentingan rakyat,” katanya di Facebook.

“Tetapi BN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan mahukan tujuh kerusi Exco dan hanya setuju berikan PN satu kerusi exco sahaja walaupun mereka parti minoriti yang tiada mandat.”
Jelas beliau lagi, sifat tamak dan mahu mengenepikan mandat rakyat ini adalah sifat sebenar Umno/BN yang rakyat perlu sedar.
“Saya tidak tahu apa gula-gula “pelincir” yang PH setuju tawarkan kepada BN. Saya harap tidak ada perkara menyeleweng yang ditawarkan demi kuasa dan jawatan,” katanya.
Sementara itu, Kosmo melaporkan, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PN Pahang sedia berkompromi dengan menyerahkan jawatan menteri besar kepada Barisan Nasional (BN) dalam usaha merealisasikan pembentukan kerajaan negeri melalui kerjasama antara BN dan PN.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, BN perlu memenuhi beberapa syarat dan tuntutan selari dengan kekuatan PN yang menang 17 kerusi berbanding BN yang memperoleh 16 kerusi dalam PRU15.
Menurutnya, antara tuntutan itu ialah tiga daripada lima ADUN lantikan diberi kepada PN dan jumlah exco yang sama banyak serta speaker DUN menjadi milik PN.
“Saya yakin (Datuk Seri) Wan Rosdy Wan Ismail yang mewakili BN Pahang mungkin akan mempertimbangkan syarat kita yang ingin dibuktikan di Pahang.
PRU15 lalu menyaksikan Pahang merekodkan sejarah buat kali pertama apabila gagal menubuhkan kerajaan negeri selepas mana-mana parti tidak memperolehi majoriti menyaksikan PN menang 17 kerusi manakala BN menang 16 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) mendapat lapan kerusi.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM303,401.89
Ethereum (ETH) RM16,516.47
Tether (USDT) RM4.71
BNB (BNB) RM2,777.96
USDC (USDC) RM4.71
XRP (XRP) RM2.30
BUSD (BUSD) RM4.56
Cardano (ADA) RM1.81
Solana (SOL) RM634.00
Dogecoin (DOGE) RM0.585708
Polkadot (DOT) RM27.10
Polygon (MATIC) RM2.71
Lido Staked Ether (STETH) RM16,511.33
Shiba Inu (SHIB) RM0.000086
Dai (DAI) RM4.71
TRON (TRX) RM0.56515
Avalanche (AVAX) RM121.55