Tular tikus ‘asyik’ makan ayam goreng, KKM arah premis tutup 14 hari

0

Rakaman video pendek dari seorang pengguna media sosial menunjukkan seekor tikus sedang enak menjamu selera hidangan ayam goreng. (Gambar Twitter)
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan premis yang tular memaparkan kejadian “seekor tikus sedang menjamah ayam goreng” ditutup 14 hari, termasuk dikenakan enam notis kompaun.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan siasatan terhadap video tular itu dan mengenal pasti lokasi premis terbabit terletak di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
“Pasukan penguatkuasa kesihatan BKKM dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Pejabat Kesihatan Hulu Langat telah menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu pada 24 Dis 2022. Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan makanan premis tersebut tidak memuaskan.
“Sehubungan itu, tindakan penutupan selama 14 hari telah dikeluarkan. Sebanyak enam notis kompaun telah dikeluarkan kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat,” katanya dalam kenyataan.

Pada Jumaat, KKM dalam akaun rasminya membuat ciapan emoji ‘memualkan’ merujuk rakaman video seekor tikus sedang menikmati ayam goreng, di sebuah restoran, yang sudah mendapat tontonan 1.5 juta.
Sebagai maklum balas, seorang pengguna, Praba, dalam ciapannya, berkata “Ini tidak boleh diterima sama sekali.”
Sementara itu, Ramesh, berkata, “Kedai 24 jam operasi mana ada masa untk bersihkan. KKM sepatutnya keluarkan SOP dalam 1 minggu tutup kedai untuk bersihkan. Kena pantau.”
Dalam pada itu, pengguna, @Dalesha, dengan nada menyindir, “Untung jadi tikus dapat makan ‘free’ (percuma) ayam goreng.”

Pengguna, cupcorn, dalam ciapan balas, menyoal “ni bukan ratatouille?”. Merujuk kepada tikus dalam filem animasi, Ratatouille, yang ingin menjadi chef terkemuka di Perancis.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM258,511.71
Ethereum (ETH) RM10,021.13
Tether (USDT) RM4.22
BNB (BNB) RM2,324.81
USDC (USDC) RM4.22
XRP (XRP) RM2.21
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM1.48
Solana (SOL) RM589.64
Dogecoin (DOGE) RM0.453975
Polkadot (DOT) RM17.51
Polygon (MATIC) RM1.60
Lido Staked Ether (STETH) RM10,017.92
Shiba Inu (SHIB) RM0.000071
Dai (DAI) RM4.22
TRON (TRX) RM0.663219
Avalanche (AVAX) RM107.26