UMWT jangka capai sasaran jualan 53,000 unit tahun ini

0

UMW Toyota Motor (UMWT), anak syarikat milik penuh UMW Holdings Bhd mencatatkan jualan sebanyak 6,468 unit pada Oktober 2020 peningkatan 15.4 peratus daripada 5,605 unit pada September.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, penyumbang utama untuk Oktober adalah Toyota Vios, Yaris dan Hilux.

“Pengecualian cukai jualan yang diumumkan kerajaan berkuatkuasa 15 Jun hingga 31 Disember tahun ini mendorong peningkatan jualan pada separuh kedua 2020.

“Bahagian pasaran automotif kumpulan itu dianggarkan pada 58 peratus bagi Oktober, peningkatan ketara daripada 51.4 peratus yang dicatatkan pada 2019,” katanya.

Menurutnya, berikutan penjualan yang memberangsangkan oleh UMWT dan syarikat bersekutu 38 peratusnya, Perodua pada bulan itu, UMW dijangka dapat mencapai sasaran jualan bagi 2020.

“Dengan penjualan 43,807 unit bagi 10 bulan pertama 2020, UMWT dijangka dapat mencapai sasaran jualannya iaitu 53,000 unit untuk tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Perodua sekali lagi memecahkan rekod bulanannya pada Oktober dengan penjualan berdaftar kenderaan sebanyak 26,852 unit atau peningkatan 7.3 peratus daripada 25,035 unit pada bulan sebelumnya.

Katanya, untuk 10 bulan pertama 2020, Perodua mencatatkan jualan 171,864 unit atau 81.8 peratus daripada sasaran jualan 210,000 unit pada tahun ini dengan kedua-dua kilang pemasangan Perodua beroperasi dengan kapasiti pengeluaran hampir maksimum sejak Ogos untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

“Kami yakin momentum penjualan yang memberangsangkan ini akan berterusan hingga akhir tahun ini untuk kami mencapai sasaran penjualan tahun ini,” katanya.

Menurutnya, kumpulan itu menunjukkan tahap pemulihan yang baik pada separuh kedua tahun ini dengan pengecualian cukai jualan oleh kerajaan untuk meningkatkan industri automotif tempatan berikutan gangguan yang disebabkan pandemik Covid-19.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM307,810.11
Ethereum (ETH) RM16,116.47
Tether (USDT) RM4.69
BNB (BNB) RM2,728.85
USDC (USDC) RM4.69
XRP (XRP) RM2.80
BUSD (BUSD) RM4.67
Cardano (ADA) RM1.91
Solana (SOL) RM807.57
Dogecoin (DOGE) RM0.609953
Polkadot (DOT) RM27.75
Polygon (MATIC) RM2.49
Lido Staked Ether (STETH) RM16,108.41
Shiba Inu (SHIB) RM0.00008
Dai (DAI) RM4.68
TRON (TRX) RM0.628773
Avalanche (AVAX) RM134.85