UMWT tawar graduan miliki kereta Toyota

0

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan kerjasama dengan Maybank Islamic Berhad melalui pakej pembiayaan istimewa untuk graduan yang ingin memiliki model Toyota Vios, Yaris atau Avanza.

Presidennya, K Ravindran berkata, mereka sentiasa mencari jalan terbaik untuk bekerjasama dengan rakan niaga bagi memudahkan pelanggan mendapatkan model kenderaan baharu Toyota yang ditawarkan di negara ini.

“Pakej ini terbuka untuk lepasan ijazah sarjana muda berusia antara 21 hingga 30 tahun dan bekerja dengan gaji sekitar RM3,000 sebulan serta berkhidmat selama enam bulan.

“Untuk mereka yang berkhidmat kurang enam bulan, ibu bapa boleh menjadi penjamin.

“Sekiranya mereka berpendapatan RM2,000 hingga RM3,000, mereka boleh memohon pakej pembiayaan ini dengan syarat ibu atau bapa sebagai penjamin dan jumlah pendapatan isi rumah melebih RM5,000,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM304,076.63
Ethereum (ETH) RM10,602.96
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,466.35
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM2.25
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM1.46
Solana (SOL) RM727.15
Dogecoin (DOGE) RM0.740417
Polkadot (DOT) RM16.97
Polygon (MATIC) RM1.32
Lido Staked Ether (STETH) RM10,596.71
Shiba Inu (SHIB) RM0.000078
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM0.701034
Avalanche (AVAX) RM104.94