UNIFI akan terus menawarkan sokongan bagi kemudahan pelanggan di rumah susulan pengumuman lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.
Pakej itu termasuk pas hotspot percuma LTE 999 GB bagi pelan mudah alih tanpa had unifi, pas data LTE tanpa had selama tujuh hari bagi prabayar mudah alih #BEBAS dan akses percuma semua saluran televisyen unifi termasuk saluran premium dan potongan 20 peratus bagi pembelian khidmat video-on-demand.
Ketua Pegawai Komersial Telekom Malaysia Bhd (TM), Anand Vijayan berkata, pihaknya menerusi Unifi terus membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan pelbagai penyelesaian.
“Unifi mengenal pasti tiga cabaran utama perniagaan ketika PKP iaitu mengekal kebersambungan, peluang pemasaran terhad dan akses pembiayaan fleksibel,” katanya.
Menurutnya, semua pelanggan PKS Unifi diberi akses percuma terhadap platform bersepadu Penyelesaian Pemasaran Digital (DMS) Unifi.
“Platform ini memberi akses mudah terhadap mekanisma pemasaran digital seperti Instaweb, Google Ads dan Facebook Ads serta mereka dapat menikmati diskaun sehingga 20 peratus apabila membuat langganan,” katanya.
Pelanggan yang berminat boleh melayari www.yellowpages.my bagi maklumat lanjut.
“Selain langkah itu, perniagaan mencari sokongan kewangan juga boleh menghubungi rakan Unifi seperti SME Bank dan RHB Bank.
“Sebagaimana arahan Bank Negara Malaysia (BNM), kedua-dua bank itu boleh mengagihkan dana sehingga RM1 juta dan memberi moratorium atau penangguhan pembayaran balik pembiayaan sehingga enam bulan,” katanya.
Dalam pada itu, pelanggan unifi yang memerlukan bantuan teknikal bagi akaun masing-masing dinasihatkan memanfaatkan saluran perkhidmatan pelanggan digital masing-masing bagi mengelak interaksi fizikal dan mengurangkan risiko jangkitan.
Saluran itu termasuk portal khidmat pelanggan di laman seawang unifi, aplikasi myunifi dan platform media sosial di Facebook @weareunifi dan Twitter @helpmeunifi.
Source link