Wanita di kedai mamak bukan kes pengawasan Covid-19, kata polis

0

Hasil siasatan polis mendapati gelang merah jambu yang dipakai seorang wanita di sebuah kedai mamak di Ipoh ialah gelang untuk memasuki taman tema Lost World of Tambun. (Gambar Bernama)

IPOH: Seorang wanita yang gambarnya tersebar di media sosial kerana memakai gelang merah jambu di sebuah kedai mamak, di sini bukan individu di bawah pengawasan (PUS) Covid-19.

Ketua Polis Daerah Ipoh, A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan polis mendapati gelang dipakai wanita itu ialah gelang untuk memasuki sebuah taman tema.

“Ia salah faham saja. Itu gelang untuk memasuki Lost World of Tambun,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada peniaga kedai makan di Jalan Kamaruddin Isa, Taman Fairpark di sini, kira-kira 12.22 tengah hari tadi yang menafikan dakwaan berhubung gambar itu.

Katanya, pengadu berusia 46 tahun membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam supaya polis mengambil tindakan sewajarnya kerana bimbang penyebaran gambar itu akan menjejaskan perniagaan dan imej kedai makan terbabit.

Terdahulu, Pengarah Kesihatan Perak, Dr Ding Lay Ming berkata, pihaknya turut menyiasat dakwaan wanita berkenaan disyaki melanggar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selepas menerima aduan.

“Laporan polis telah dibuat dan JKN Perak menjalankan siasatan lanjut, termasuk berusaha mengenal pasti individu terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gambar seorang wanita berada di kedai mamak dengan memakai gelang merah jambu dipercayai bagi HSO tersebar di Facebook sejak semalam.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM449,033.56
Ethereum (ETH) RM15,427.13
Tether (USDT) RM4.51
BNB (BNB) RM3,211.40
USDC (USDC) RM4.50
XRP (XRP) RM14.19
BUSD (BUSD) RM4.51
Cardano (ADA) RM4.84
Solana (SOL) RM919.93
Dogecoin (DOGE) RM1.72
Polkadot (DOT) RM31.90
Polygon (MATIC) RM2.18
Lido Staked Ether (STETH) RM15,428.62
Shiba Inu (SHIB) RM0.000102
Dai (DAI) RM4.50
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM177.95