Warga emas, individu berisiko boleh ambil vaksin Covid-19 tanpa temujanji

0

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata mereka dalam kategori berisiko boleh hadir di klinik kesihatan dan hospital awam mengikut waktu operasi untuk mendapatkan vaksin Covid-19.
PETALING JAYA: Warga emas, individu berisiko tinggi dan mereka yang mempunyai komorbiditi termasuk penyakit kronik boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 tanpa membuat temu janji di fasiliti penjagaan kesihatan awam mulai 9 Jan ini.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata mereka dalam kategori itu boleh hadir di klinik kesihatan dan hospital awam mengikut waktu operasi klinik.
Komorbiditi termasuk penyakit kronik, manakala warga emas ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
Kemudahan hadir terus bagi menggalakkan mereka dalam kumpulan berisiko tinggi yang belum diberi vaksin untuk berbuat demikian.

Sehingga 28 Dis lalu, seramai 27,531,220 orang (84.3%) daripada penduduk Malaysia mendapat vaksinasi dos primer lengkap.
Bagaimanapun, hanya seramai 16,278,036 orang (49.8%) menerima dos penggalak pertama dan 626,896 orang (1.9%) bagi dos penggalak kedua.
Menurut Zaleha, perlindungan vaksin akan berkurang selepas tempoh masa tertentu dan bergantung kepada jenis varian pada masa tersebut.
“Oleh itu, Kementerian Kesihatan sangat menggalakkan, mereka yang berisiko tinggi untuk mendapatkan vaksinasi bagi mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan serius dan kematian,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM433,280.62
Ethereum (ETH) RM12,074.33
Tether (USDT) RM4.47
BNB (BNB) RM2,987.59
USDC (USDC) RM4.47
XRP (XRP) RM11.81
BUSD (BUSD) RM4.46
Cardano (ADA) RM3.61
Solana (SOL) RM879.91
Dogecoin (DOGE) RM1.19
Polkadot (DOT) RM23.21
Polygon (MATIC) RM1.43
Lido Staked Ether (STETH) RM12,068.78
Shiba Inu (SHIB) RM0.000074
Dai (DAI) RM4.47
TRON (TRX) RM1.04
Avalanche (AVAX) RM115.51