Zahid jumpa ketua bahagian Umno esok

0

Awal hari ini, Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Khas MKT Umno susulan keputusan Lembaga Pengampunan berhubung hukuman bekas perdana menteri Najib Razak.

PETALING JAYA: Presiden Umno Zahid Hamidi dijangka akan mengadakan perjumpaan tertutup bersama ketua-ketua bahagian parti itu esok, susulan Mesyuarat Khas MKT Umno hari ini.

Perjumpaan itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 4 petang esok, menurut ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan di X.

“Perjumpaan khas tertutup Zahid bersama ketua Umno bahagian-bahagian akan diadakan (pada) 4 petang di Dewan Tun Hussein Onn, WTCKL. Terima kasih atas kehadiran,” menurut ciapannya.

Awal hari ini, Zahid mempengerusikan Mesyuarat Khas MKT Umno susulan keputusan Lembaga Pengampunan berhubung hukuman bekas perdana menteri Najib Razak.

Selepas mesyuarat itu, Umno mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong mengurangkan hukuman penjara dan denda Najib.

“Sementara kita mendukung Perlembagaan Persekutuan, Umno terkesan dan bersedih dengan keputusan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan hukuman penjara Najib dipendekkan daripada 12 tahun kepada enam tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta. Najib dijangka akan dibebaskan dari penjara pada 2028.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM318,632.39
Ethereum (ETH) RM16,492.30
Tether (USDT) RM4.72
BNB (BNB) RM2,853.60
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.29
BUSD (BUSD) RM4.63
Cardano (ADA) RM2.03
Solana (SOL) RM714.96
Dogecoin (DOGE) RM0.675479
Polkadot (DOT) RM30.77
Polygon (MATIC) RM2.97
Lido Staked Ether (STETH) RM16,483.85
Shiba Inu (SHIB) RM0.000102
Dai (DAI) RM4.72
TRON (TRX) RM0.548684
Avalanche (AVAX) RM152.39