11 direman 28 hari bawah Sosma dipercayai terlibat jenayah terancang

0

Kesemua suspek ditahan dalam siri serbuan bermula 3.30 pagi semalam menerusi Op Cantas Mutiara di sekitar Pulau Pinang.

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan 11 lelaki bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana disyaki terlibat dengan kumpulan menjalankan kegiatan jenayah terancang dan berleluasa.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kesemua mereka ditahan dalam siri serbuan bermula 3.30 pagi semalam menerusi Op Cantas Mutiara di sekitar Pulau Pinang.

“Operasi itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, dibantu oleh Bahagian Jenayah Terancang (B14) dan Bahagian Operasi Khas (D8) Bukit Aman, hasil risikan dan intipan yang dijalankan sejak beberapa minggu lepas.

“Berdasarkan siasatan, 11 lelaki yang ditahan menerusi operasi itu adalah anggota sebuah kumpulan jenayah terancang dan bergiat aktif sejak 2020,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Alwi berkata, kesemua mereka direman selama 28 hari sehingga 28 Dis ini bawah Seksyen 4(5) Sosma dan kes disiasat bawah Seksyen 130v Kanun Keseksaan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM429,412.51
Ethereum (ETH) RM8,679.77
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,632.02
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM9.54
BUSD (BUSD) RM4.30
Cardano (ADA) RM3.10
Solana (SOL) RM677.56
Dogecoin (DOGE) RM0.807788
Polkadot (DOT) RM18.31
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM8,674.94
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM90.59