2 ahli Parlimen nafi sokong Dr M

0

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (kiri) menyerahkan akuan berkanunnya kepada Muhyiddin Yassin sambil disaksikan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi (kanan) di rumah presiden PPBM itu di Bukit Damansara hari ini.

PETALING JAYA: Dua ahli Parlimen menafikan mereka menyokong pencalonan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri baru seperti dalam senarai 114 ahli Parlimen yang didedahkan Pakatan Harapan malam tadi.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, beliau menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8, bukannya Mahathir.

“Tidak betul,” katanya menafikan senarai 114 ahli Parlimen yang didakwa menyokong Mahathir sebagai perdana menteri baru.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat turut menafikan beliau menandatangani akuan berkanun menyokong Mahathir.

“Dengan ini, saya telah menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri,” katanya dalam satu klip video yang dimuat naik ke Facebook tengah malam ini.

“Oleh itu, saya mohon perkara ini tidak menjadi isu politik supaya kita dapat menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong demi kestabilan negara dan juga tidak lupa untuk kepentingan negeri Sarawak.”

Nama Syed Abu Hussin dan Masir terkandung dalam senarai 114 ahli Parlimen didakwa menyokong pencalonan Mahathir sebagai perdana menteri baru, selepas mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan di ibu negara malam tadi.

Mahathir dilaporkan berkata, beliau akan menyerahkan akuan berkanun ahli Parlimen itu dan surat rasmi ketua parti kepada Agong, selain surat yang disediakan untuk menjelaskan kedudukannya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan berkata, senarai 114 ahli Parlimen didakwa menyokong Mahathir yang didedahkan PH tidak tepat.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM448,374.53
Ethereum (ETH) RM10,955.47
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,838.80
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.31
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.54
Solana (SOL) RM753.66
Dogecoin (DOGE) RM1.04
Polkadot (DOT) RM22.56
Polygon (MATIC) RM1.14
Lido Staked Ether (STETH) RM10,938.11
Shiba Inu (SHIB) RM0.000071
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM111.47