2 maut, motosikal bertembung | Free Malaysia Today (FMT)

0

Ketua Polis Gua Musang Sik Choon Foon berkata kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang kedua-dua mangsa bertembung di Jalan Gua Musang-Limau Kasturi, Kelantan.

PETALING JAYA: Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam satu kemalangan di KM27 Jalan Gua Musang-Limau Kasturi, Kelantan malam tadi.

Ketua Polis Gua Musang Sik Choon Foon berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, mangsa Muhamad Aifan Kamal Harman, 19, menunggang motosikal dari arah Limau Kasturi menghala ke Jeram Tekoh manakala seorang lagi mangsa Abdullah Aiman Mohd Aziman, 21, datang dari arah bertentangan.

Katanya, siasatan awal mendapati apabila tiba di lokasi kejadian motosikal yang ditunggang kedua-dua mangsa dilaporkan bertembung.

“Abdullah Aiman yang bekerja sebagai mekanik dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan Aifan Kamal,” katanya.

Choon Foon berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil bekerjasama untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 013-3010408.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM468,143.74
Ethereum (ETH) RM11,018.23
Tether (USDT) RM4.27
BNB (BNB) RM2,865.94
USDC (USDC) RM4.27
XRP (XRP) RM10.13
BUSD (BUSD) RM4.27
Cardano (ADA) RM3.34
Solana (SOL) RM775.39
Dogecoin (DOGE) RM1.01
Polkadot (DOT) RM20.31
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM11,014.98
Shiba Inu (SHIB) RM0.000064
Dai (DAI) RM4.27
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM104.74