300 wanita rider Remp-itz | Harian Metro

0

VIRAL Niaga Sdn Bhd, penyedia platform penghantaran makanan dan barangan, Remp-itz terus meluaskan perkhidmatannya apabila kini lebih 300 penunggang rider wanita sudah mendaftar di bawah platform itu sebagai sumber pendapatan utama mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Nizam Mukhtar berkata, pihaknya komited menyediakan peluang pekerjaan bagi membantu golongan yang mahu menjana pendapatan menerusi ekonomi gig.

“Semenjak pelancaran Remp-itz, kami mempunyai lebih 400 rider yang menggunakan platform ini dan 80 peratus daripadanya adalah wanita.

“Golongan itu termasuk remaja, ibu tunggal serta wanita berkeluarga yang mahu mencari pendapatan sampingan,” katanya ketika majlis menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama Putu Bambu World, Helomove dan Pertubuhan Muafakat Nur Ehsan Malaysia di ruang legar Pasar Wirawati Kampung Pandan di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Bena Nusa merangkap Ketua Umno Nahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Zon Tititwangsa, Datuk Azizul Rahman Mohd Hussain.

Khairul berkata, menerusi kerjasama terbabit pihaknya berharap ia juga dapat membantu ekonomi usahawan tempatan.

“Platform e-dagang ini dilengkapi sistem penghantaran yang komprehensif yang mana memberi keuntungan kepada penghantar Remp-itz.

“Ada penghantar wanita boleh menjana pendapatan dalam seminggu sehingga RM1,000,” katanya.

Menurutnya, platform Remp-itz diperkenalkan bagi membantu usahawan tempatan mempromosikan produk dan perkhidmatan secara percuma.

“Tiada caj dikenakan kepada usahawan mahupun rider yang mendaftar di platform Remp-itz. Latihan keusahawanan juga disediakan bagi membantu pengusaha tempatan ke arah digitalisasi,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,158.13
Ethereum (ETH) RM7,891.48
Tether (USDT) RM4.32
BNB (BNB) RM2,581.20
USDC (USDC) RM4.32
XRP (XRP) RM9.55
BUSD (BUSD) RM4.30
Cardano (ADA) RM3.04
Solana (SOL) RM639.77
Dogecoin (DOGE) RM0.774244
Polkadot (DOT) RM17.88
Polygon (MATIC) RM1.02
Lido Staked Ether (STETH) RM7,889.19
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.32
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM90.72