PETALING JAYA: Sebanyak 25 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Sabah daripada keseluruhan 31 kes hari ini.
Daripada jumlah itu, 28 kes adalah jangkitan tempatan dan 3 import.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, daripada 25 kes di Sabah 17 membabitkan kluster Benteng LD.
“Kluster Alam di Negeri Sembilan pula ada 4 kes melibatkan kru kapal. Di Kedah pula hanya ada 1 kes,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL