4 Adun PPBM sokong PH dirujuk kepada kepimpinan negeri, pusat, kata MB Selangor

0

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, pihak yang ingin menyokong kepimpinan PH di negeri itu perlu membuktikan komitmen mereka.

SHAH ALAM: Hasrat 4 Adun PPBM untuk menyokong kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) akan dibawa ke mesyuarat majlis kepimpinan negeri dan pusat untuk diputuskan.

Pengerusi PH Selangor Amirudin Shari berkata pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyokong kepimpinan PH di negeri itu, bagaimanapun ia perlu dibuktikan dengan komitmen daripada pihak berkenaan.

“Mereka ada berjumpa dengan saya semalam berhubung hasrat mereka menyokong PH di Selangor, dan perkara ini (4 Adun PPBM sokong PH) akan saya bawa ke peringkat negeri dan pusat untuk dibincangkan, sama ada kita boleh menerima formula yang dipakai di Kedah dan Pulau Pinang di mana Adun PPBM masih dianggap sebahagian daripada PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian kerajaan negeri mengenai 4 Adun berkenaan yang menyatakan sokongan terhadap PH.

Khamis lepas, 4 Adun PPBM, iaitu Sallehudin Amiruddin (Kuang); Harumaini Omar (Batang Kali); Mohd Shaid Rosli (Jeram); dan Adhif Syan Abdullah (Dengkil) mengumumkan, mereka menyokong PH dan dilaporkan membuat keputusan itu selepas mengadakan perjumpaan dengan pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Mengulas mengenai ketiadaan exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor yang sebelum ini dijawat pengerusi PPBMSelangor Abdul Rashid Asari, Amirudin berkata semua perancangan berkaitan pelancongan berjalan seperti biasa.

“Kita mempunyai Tourism Selangor, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan semua perancangan saya kira berjalan seperti biasa,” katanya.

Khamis lepas, Amirudin yang juga merupakan menteri besar Selangor mengumumkan bahawa PPBM bukan lagi sebahagian daripada kerajaan yang mentadbir negeri berkenaan dan semua ahli parti ituadalah terkeluar daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan, Majlis Permuafakatan Ketua Kampung (MPKK), anak syarikat kerajaan negeri.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM441,901.73
Ethereum (ETH) RM11,038.27
Tether (USDT) RM4.32
BNB (BNB) RM2,819.13
USDC (USDC) RM4.32
XRP (XRP) RM10.72
BUSD (BUSD) RM4.27
Cardano (ADA) RM3.33
Solana (SOL) RM738.93
Dogecoin (DOGE) RM0.97914
Polkadot (DOT) RM20.66
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM11,028.72
Shiba Inu (SHIB) RM0.000065
Dai (DAI) RM4.32
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM103.18