Royalti REE Kedah 15% mulai tahun depan

0

Menteri Besar Kedah Sanusi Nor berkata, kerajaan negeri berharap sektor REE akan mula menjana hasil menjelang pertengahan 2024.

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah menetapkan kadar royalti sebanyak 15% hasil daripada perlombongan unsur nadir bumi (REE) bermula tahun depan.

Menteri Besar Sanusi Nor berkata, kadar baharu royalti ini akan dikutip jika REE menjadi bijih keberhasilan utama dalam sektor perlombongan Kedah.

“Bagi memastikan hasil baharu ini akan membawa manfaat sepenuhnya kepada rakyat, untuk 2024, Pentadbiran Tanah Negeri Kedah telah merencanakan kutipan hasil daripada sudut sumber hasil kerajaan yang paling berdaya maju untuk masa hadapan.

“Susulan kelulusan penerokaan unsur nadir bumi itu, kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang telah memberi peluang Kedah dipilih sebagai projek rintis kedua selepas Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan Kedah 2024 pada sidang DUN Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.

Sanusi berkata, pemilihan bagi projek rintis itu meletakkan Kedah sebagai negeri yang berpotensi untuk melaksanakan perlombongan REE, dengan anggaran oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sebanyak 250,000 tan, berbanding keseluruhan rizab REE Kedah berjumlah 1.196 juta tan.

“Angka ini merupakan penerokaan hasil baharu yang akan diekstrak dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya.

“Kita mengharapkan agar potensi hasil yang akan membawa impak besar kepada ekonomi negeri ini akan diuruskan dengan cekap, amanah dan adil untuk semua pihak terutama rakyat Kedah.”

Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas pembentangan belanjawan itu, beliau berkata, kerajaan negeri berharap sektor itu akan mula menjana hasil menjelang pertengahan 2024, berdasarkan satu kelulusan pengekstrakan yang telah diberikan sejak Ogos 2022.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM454,853.62
Ethereum (ETH) RM10,619.65
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,807.55
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.73
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM3.14
Solana (SOL) RM728.33
Dogecoin (DOGE) RM0.931269
Polkadot (DOT) RM18.91
Polygon (MATIC) RM0.97316
Lido Staked Ether (STETH) RM10,615.63
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM94.86