Bersatu tak akan pecat wakil rakyat Bukit Gantang

0

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin berkata pilihan raya akan tentukan sama ada rakyat Bukit Gantang bersama Syed Abu Hussin, yang isytihar sokong perdana menteri bulan lalu.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainuddin berkata Bersatu tidak akan memecat wakil rakyat Bukit Gantang atas sokongan beliau kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menjawab pertanyaan pemberita tentang nasib Ahli Parlimen Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Hamzah berkata Bersatu nak wakil rakyat itu sendiri melepaskan kerusi Bukit Gantang.

“Kalau kita pecat dia… dia jadi bebas. Pasal apa kita nak bagi dia jadi bebas,” katanya dalam program terbitan MalaysiaGazette yang disiarkan di media sosial laman tersebut.

Syed Abu Hussin merupakan Ahli Parlimen yang kelima daripada Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Anwar, pada 28 Nov lalu.

Beliau menyusuli langkah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli) yang berkata ia demi rakyat yang mereka wakili.

Syed Abu Hussin sebelum ini memberitahu FMT bahawa beliau kecewa PN tidak berunding bagi mendapat peruntukan wakil rakyat pembangkang.

Hamzah bagaimanapun berkata pilihan raya akan tentukan sama ada rakyat Bukit Gantang bersama Syed Abu Hussin.

“Tanding semula dan kita lihat mandat rakyat bersama dia atau PN,” katanya.

Bersatu pada 5 Nov mengumumkan keahlian Iskandar digantung selama empat tahun.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM403,560.17
Ethereum (ETH) RM7,750.27
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,519.96
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.25
BUSD (BUSD) RM4.24
Cardano (ADA) RM2.93
Solana (SOL) RM625.67
Dogecoin (DOGE) RM0.738527
Polkadot (DOT) RM16.96
Polygon (MATIC) RM0.989393
Lido Staked Ether (STETH) RM7,745.92
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM85.40