Tiada campur tangan kerajaan, kata Loke selepas Pestech kembali ke projek aerotrain

0

Projek penggantian aerotrain ditamatkan Malaysia Airports Holdings Bhd tahun lalu akibat penangguhan berterusan dalam penghantaran. (Gambar KLIA)

KLANG: Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook menolak spekulasi berhubung pembabitan Pestech Technology Sdn Bhd dalam projek penggantian aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Anak syarikat milik penuh Pestech International Bhd itu mempunyai kontrak RM742.95 juta untuk projek aerotrain yang ditamatkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tahun lalu akibat penangguhan berterusan dalam penghantaran.

Rabu lau, MAHB memeterai perjanjian untuk menamatkan projek itu dengan Alstom Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd dan usaha sama membabitkan IJM Construction Sdn Bhd serta Pestech Technology.

Ini menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet berhubung alasan Pestech International melalui anak syarikat kembali terbabit dalam projek itu dan sama ada Loke terbabit dalam tawaran kontrak berkenaan.

Loke dalam sidang media hari ini berkata, projek aerotrain bukan projek kerajaan, sebaliknya di bawah MAHB.

“Walaupun mereka lapor kepada kita, dari segi penawaran projek, keputusan dibuat lembaga pengarah MAHB.”

BERITA LANJUT MENYUSUL

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM463,429.93
Ethereum (ETH) RM10,818.81
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,843.05
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.90
BUSD (BUSD) RM4.13
Cardano (ADA) RM3.22
Solana (SOL) RM747.92
Dogecoin (DOGE) RM0.956194
Polkadot (DOT) RM19.21
Polygon (MATIC) RM0.999312
Lido Staked Ether (STETH) RM10,807.68
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM98.79