MAIPs peruntuk RM334,000 untuk program Rezeki Subuh, bagi menggalakkan kanak-kanak ke masjid.
KANGAR: Kanak-kanak yang menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid di Perlis akan menerima RM3 seorang menerusi program Rezeki Subuh yang dilaksanakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), bermula 1 Feb ini.
MAIPs dalam kenyataan memaklumkan program selama 40 hari itu bertujuan menggalakkan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun untuk hadir menunaikan solat subuh secara berjemaah di 101 masjid di seluruh negeri.
“MAIPs memperuntukkan sumbangan berjumlah RM334,000 untuk pelaksanaan sumbangan RM3 bagi setiap kanak-kanak yang hadir menunaikan solat subuh berjemaah dalam tempoh berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Keputusan untuk pelaksanaan program itu diperoleh dalam Persidangan MAIPs Bilangan Pertama Bagi 2024 yang diadakan pada 23 Jan lepas, di Bilik Senat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra, Arau.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan melancarkan Rezeki Subuh di akhir persidangan.
Related Posts