Peguam negara digesa nasihat Kelantan jangan gubal semula peruntukan syariah

0

Awal bulan ini, DUN Kelantan sebulat suara meluluskan usul untuk menggubal semula 16 peruntukan dalam enakmen syariahnya yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Peguam negara harus menasihati kerajaan Kelantan bahawa tindakannya menggubal semula 16 peruntukan syariah yang terbatal adalah bercanggah dengan perlembagaan dan tidak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, kata sebuah majlis rundingan antara agama.

Majlis Perundingan Buddhisme, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) berkata, langkah itu mencabar kedaulatan undang-undang, menimbulkan ancaman serius terhadap demokrasi dan boleh menggugat kestabilan negara.