Kebun durian Raub: Tentera tak terlibat operasi penguatkuasaan

0

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman nafi tentera terlibat dalam operasi penguatkuasaan di kebun durian Sungai Klau, Raub, seperti tular dalam talian. (Gambar Bernama)
KUANTAN: Tentera tidak terlibat dalam operasi penguatkuasaan di kebun durian di Raub seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata, setakat ini tiada pergerakan mahupun arahan daripada kerajaan negeri mengenai penglibatan tentera dalam operasi berkenaan.
Katanya, pihaknya telah menerima tiga laporan mengenai operasi itu, dibuat oleh pegawai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), polis dan NGO.
“Kita telah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu menghalang penjawat awam melaksanakan tugas,” katanya.
Terdahulu, tular video berdurasi lebih 25 saat yang memaparkan pergerakan beberapa kenderaan tentera di suatu kawasan, didakwa bagi membantu operasi itu.
Media melaporkan pekebun didakwa bertindak menghalang laluan dengan membawa kain rentang bagi menunjukkan ketidakpuasan hati kerana penguat kuasa memusnahkan tanaman mereka yang berusia puluhan tahun.
Bagaimanapun, keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang insiden.
Kerajaan Pahang sebelum ini juga menafikan telah melanggar perintah mahkamah dengan menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau pada 8 April lepas.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM442,582.23
Ethereum (ETH) RM10,638.11
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,754.02
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.05
BUSD (BUSD) RM4.27
Cardano (ADA) RM3.24
Solana (SOL) RM720.02
Dogecoin (DOGE) RM0.926363
Polkadot (DOT) RM20.06
Polygon (MATIC) RM1.00
Lido Staked Ether (STETH) RM10,630.12
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM96.70