Persembahan Amal Pelajar AISS Demi Autisme & Kanser

0

Kuala Lumpur – ASPIRATION INTERNATIONAL SECONDARY SCHOOL (AISS) di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) telah melancarkan secara rasmi acara persembahan amal pelajar yang dinanti-nantikan bertajuk Journey to the Best, dalam satu sidang media yang diadakan hari ini.

Persembahan “Journey to the Best” akan dipentaskan pada hari Sabtu, 12 Julai 2025, di The Platform, Menara KEN TTDI, dengan dua sesi pertunjukan terbuka kepada orang ramai.

Acara ini dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 12 Julai 2025 di The Platform, Menara KEN TTDI, dengan dua sesi persembahan yang dibuka kepada orang awam. Persembahan ini bukan sekadar acara hiburan, malah menjadi platform bagi para pelajar menunjukkan bakat mereka sambil mengumpul dana bagi menyokong Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Majlis pelancaran hari ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat, Datoโ€™ Nurulhidayah Ahmad Zahid, serta wakil-wakil daripada NASOM dan NCSM. Kehadiran mereka menzahirkan sokongan terhadap misi mulia ini yang menyatukan pendidikan, kesedaran sosial dan seni persembahan.

Journey to the Best: Persembahan Amal Pelajar AISS Demi Autisme & Kanser

Pengerusi AISS, Encik Oon Eu Jin

Dalam ucapan alu-aluannya, Pengerusi AISS, Encik Oon Eu Jin, menyatakan, “Journey to the Best” bukan sekadar satu persembahan. Ia adalah satu penghargaan kepada pertumbuhan, persahabatan, ketabahan dan keberanian.

“Kami amat berbangga dengan pelajar kami yang mengambil alih kepimpinan dalam menjayakan inisiatif ini, bukan hanya di atas pentas, tetapi dalam usaha mereka mencipta perubahan positif dalam masyarakat,” jelas Encik Oon Eu Jin

Selain sidang media, turut menampilkan sesi perkongsian oleh para pelajar dari Kelab Seni Persembahan (PAS), diikuti dengan persembahan menyentuh hati daripada Orkestra Sekolah, dan ditutup dengan nyanyian harmoni oleh Koir Sekolah dalam membuktikan komitmen mereka terhadap bakat seni dan tujuan sosial.

Journey to the Best: Persembahan Amal Pelajar AISS Demi Autisme & Kanser

Persembahan dari Orkestra Sekolah Aspiration International Secondary School (AISS)

Tiket untuk persembahan ini dijual pada harga antara RM80 hingga RM150 bagi setiap sesi, dan boleh dibeli di pautan berikut: http://t2u.asia/e/41916. Semua hasil jualan tiket akan disalurkan terus kepada NASOM dan NCSM, manakala sumbangan juga boleh dibuat ke akaun rasmi AISS bagi menyokong acara ini.

Dengan tema โ€œJourney to the Bestโ€, AISS mengajak seluruh masyarakat untuk bersama menjayakan acara ini bukan hanya sebagai penonton, tetapi sebagai penyokong kepada misi kebajikan dan pembangunan pelajar yang prihatin. Untuk maklumat lanjut atau sebarang sokongan, sila hubungi: +60126775777

Journey to the Best: Persembahan Amal Pelajar AISS Demi Autisme & Kanser

๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 12 Julai 2025

๐Ÿ“ Lokasi: The Platform, Menara KEN TTDI

Sesi 1: 1:00 PM โ€“ 3:00 PM

Sesi 2: 4:00 PM โ€“ 6:00 PM

๐ŸŽŸ๏ธ Harga Tiket: RM80 โ€“ RM150

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM455,716.62
Ethereum (ETH) RM11,208.01
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,915.19
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM9.59
BUSD (BUSD) RM4.23
Cardano (ADA) RM3.14
Solana (SOL) RM726.23
Dogecoin (DOGE) RM0.931895
Polkadot (DOT) RM19.05
Polygon (MATIC) RM0.952738
Lido Staked Ether (STETH) RM11,199.44
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM98.43