Mida tumpu syarikat global terjejas

0

LEMBAGA Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) berusaha menarik syarikat global terjejas akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China supaya memindahkan operasi mereka ke negara ini.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah itu penting bagi memacu dan menyuburkan semula ekonomi negara, sekali gus menjamin pemulihan ekonomi negara dengan lebih menyeluruh.

“Dengan perang perdagangan antara AS-China banyak syarikat dan industri global yang sebelum ini menjadikan negara berkenaan sebagai pusat operasi mahu memindahkan operasi mereka ke rantau ini.

“Mida kini berusaha menarik minat syarikat dan industri global yang terjejas itu ke Malaysia, sekali gus menggunakan negara ini sebagai hab mereka untuk tembusi Asean dan Asia yang lain.

“Walaupun pasca Covid-19 ini banyak negara lain juga cuba menarik masuk pelaburan ke negara masing-masing, namun Malaysia mempunyai banyak kelebihan.

“Ini termasuk kestabilan politik, infrastruktur lebih baik terutama di Johor yang mempunyai tiga pelabuhan besar, kos lebih rendah selain tawaran tambah nilai termasuk polisi laluan hijau, kecekapan membuat keputusan serta kelulusan lebih cepat,” katanya selepas melawat kilang Daiichi Seiko (M)Sdn Bhd di Taman Teknologi Nusajaya di sini, semalam

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM407,451.44
Ethereum (ETH) RM7,687.50
Tether (USDT) RM4.33
BNB (BNB) RM2,590.35
USDC (USDC) RM4.33
XRP (XRP) RM9.43
BUSD (BUSD) RM4.33
Cardano (ADA) RM2.95
Solana (SOL) RM625.58
Dogecoin (DOGE) RM0.741426
Polkadot (DOT) RM17.70
Polygon (MATIC) RM1.01
Lido Staked Ether (STETH) RM7,689.32
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.33
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM90.75