4 usul Perdasama dipertimbang kerajaan

0

Kuala Lumpur: Pakej rangsangan terbaharu kerajaan yang terdiri daripada beberapa insentif ditambah dengan manfaat lain sangat membantu rakyat dan komuniti perniagaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Presiden Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Mejar (Bersara), Datuk Abdull Rahim Saad berkata, sekurang-kurangnya empat daripada lima cadangan yang diusulkan pihaknya dipertimbangkan dan diperkenankan.

“Kami mencadangkan sedikit kelonggaran agar kerajaan meringankan bebanan kewangan usahawan dan peniaga iaitu dengan memperkenalkan semula moratorium pinjaman, mengurangkan atau menghapuskan yuran lesen perniagaan, menyediakan bantuan modal perniagaan, mengurangkan tarif elektrik bulanan dan mengurangkan yuran langganan Internet bulanan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lalu mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) berjumlah RM15 bilion bagi membantu mereka yang terkesan akibat pelaksanaan PKP 2.0 yang bertujuan membendung Covid-19.

Abdull Rahim berkata, Perdasama mengalu-alukan insentif kerajaan itu yang bertujuan menyokong sektor swasta dan ekonomi secara keseluruhan.

“Inisiatif itu juga memberi contoh kepada negara-negara lain. Ia mencerminkan bahawa kerajaan sangat prihatin terhadap rakyat dan menyokong perniagaan dan ekonomi,” katanya.

Menurutnya, sebagai wakil kepada sektor swasta dan pemilik perniagaan, Perdasama juga perlu bersedia untuk memainkan peranan membantu kerajaan mengawal dan membendung pandemik itu.

“Kita perlu menyediakan sumber kita kepada kerajaan dan rakyat untuk memerangi virus ini,” katanya.

Beliau berkata, syarikat swasta wajib untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita perlu memastikan setiap individu yang bekerja dengan syarikat kita, mengikuti dan mematuhi SOP agar Covid-19 dapat dibendung dan sekatan pergerakan boleh ditarik balik,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM441,210.85
Ethereum (ETH) RM10,051.40
Tether (USDT) RM4.28
BNB (BNB) RM2,733.02
USDC (USDC) RM4.28
XRP (XRP) RM10.23
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.40
Solana (SOL) RM737.74
Dogecoin (DOGE) RM0.890316
Polkadot (DOT) RM20.08
Polygon (MATIC) RM1.10
Lido Staked Ether (STETH) RM10,021.69
Shiba Inu (SHIB) RM0.000065
Dai (DAI) RM4.28
TRON (TRX) RM1.13
Avalanche (AVAX) RM100.35