Kualiti institusi jadi punca | Harian Metro

0

KENAIKAN cukai eksais ke atas rokok bukan faktor utama peningkatan lambakan rokok tak sah di pasaran Malaysia.

   Pakar Ekonomi Kesihatan dan Timbalan Dekan (Prasiswazah & Alumni), Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Norashidah Mohamed Nor berkata, hasil kajian mendapati kualiti institusi yang lemah berpunca daripada korupsi adalah faktor utama dalam hal ini.

   Katanya, kajian sama di peringkat global juga menunjukkan harga rokok sah bukan faktor yang sentiasa diuar-uarkan industri.

   “Buat masa ini, skor Indeks Persepsi Korupsi untuk Malaysia adalah 53 peratus iaitu hanya separuh daripada skor terbaik 100 peratus.

  “Oleh itu, kerajaan sepatutnya mengurangkan masalah lambakan rokok tidak sah dengan memberi perhatian isu berkaitan penguatkuasaan dan korupsi, bukan dengan tidak menaikkan cukai,” katanya.

   Menurutnya, keadaan itu menyebabkan negara masih dibelenggu masalah rokok rak sah. .

   Dr Norashidah berkata, perokok jenama tidak sah tidak mudah beralih ke rokok sah yang dicadangkan lebih murah, berbanding sekarang.

   Beliau berkata, ini kerana kandungan nikotin lebih tinggi dalam rokok tidak sah menyebabkan ketagihan selain mudah didapati di pasaran.

   “Sekiranya kita prihatin dengan perokok B40 yang terjejas semasa Covid-19, bukan dengan cara memberi mereka alternatif kepada rokok sah lebih murah, tetapi membantu mereka berhenti merokok.

  “Ada lebih kurang 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan tabiat merokok.

    “Kerajaan juga berbelanja lebih daripada RM10 bilion untuk merawat penyakit akibat rokok setiap tahun.

  “Disarankan kerajaan kaji semula usaha menaikkan cukai rokok,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM401,071.45
Ethereum (ETH) RM7,653.62
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,507.64
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.16
BUSD (BUSD) RM4.19
Cardano (ADA) RM2.87
Solana (SOL) RM618.34
Dogecoin (DOGE) RM0.727324
Polkadot (DOT) RM16.92
Polygon (MATIC) RM0.977764
Lido Staked Ether (STETH) RM7,647.18
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM85.10