Bukan saya jadi Speaker Dewan Rakyat, kata Wan Junaidi

0

Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sehingga kini, tiada notis atau makluman diterimanya untuk mengisi jawatan Speaker Dewan Rakyat seperti yang dilaporkan.
PETALING JAYA: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan beliau akan dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat menggantikan Azhar Harun.
Sehingga kini, katanya, tiada notis atau makluman diterima untuk mengisi jawatan itu seperti yang dilaporkan.
“Macam mana (laporan) boleh sebut (nama saya) macam itu saja. Macam mana notis 14 hari (hendak diberikan) kalau saya tidak ditanya?
“Maksudnya, bukanlah saya (ditawarkan jawatan Speaker Dewan Rakyat), mudah saja,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Terdahulu, media melaporkan bekas Ahli Parlimen Santubong itu bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.
Nama lain yang turut disebut-sebut ialah Mohamad Ariff Md Yusof yang pernah menjadi Speaker Dewan Rakyat ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).
Pemilihan speaker bagi penggal Parlimen baharu menjadi agenda utama apabila Dewan Rakyat bersidang dua hari mulai 19 Dis ini.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM477,481.57
Ethereum (ETH) RM11,219.47
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,938.80
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.36
BUSD (BUSD) RM4.30
Cardano (ADA) RM3.38
Solana (SOL) RM753.53
Dogecoin (DOGE) RM1.03
Polkadot (DOT) RM20.72
Polygon (MATIC) RM1.07
Lido Staked Ether (STETH) RM11,208.85
Shiba Inu (SHIB) RM0.000065
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM101.44