Fahmi Fadzil berkata wujud penetapan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam pengurusan hak kebebasan bersuara.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan tetap terus mempertahankan kebebasan bersuara namun menegaskan, ia bukanlah tanpa batasan dan berunsur fitnah yang tidak berasas.
“Rakyat jangan salah faham, memang kita akan mempertahankan hak bersuara, tetapi jangan sampai mengeluarkan fitnah atau tohmahan yang tak berasas.
“Biarlah perkara yang kita sebutkan berasas serta boleh kita pertahankan, termasuk mempertahankannya di mahkamah,” katanya dalam sidang media hari ini.
Fahmi berkata, wujud penetapan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam pengurusan hak kebebasan bersuara.
Katanya, selaku menteri bertanggungjawab beliau akan terus mempertahankan hak bersuara, namun perlu dibatasi peruntukan undang-undang termasuk Kanun Keseksaan mahupun Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Ini bermasuk sekiranya sesuatu yang dikeluarkan melepasi batasan, maka wujudnya tindakan undang-undang,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL