Masih ada masa depan, Amanah perlu bina imej sendiri, kata penganalisis

0

Penganalisis berpendapat Amanah masih mempunyai masa depan dalam politik negara walaupun gagal memberikan cabaran di kerusi utama Melayu seperti di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Amanah dilihat masih mempunyai masa depan dalam politik negara walaupun hanya memenangi lapan kerusi Parlimen pada PRU15, kata penganalisis politik.
Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd Faizal Musa dan Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis percaya Amanah masih mempunyai masa depan walaupun gagal memberikan cabaran di kerusi utama Melayu seperti di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Faizal berkata, penambahan kerusi PAS dan kemelesetan kerusi Amanah bukan dipengaruhi perbezaan jenis politik Islam yang dibawa kedua-dua parti itu, sebaliknya faktor luaran lain.
“Faktor ‘external’ ada macam-macam, boleh jadi kerana mainan atau mitos bahawa DAP ancaman (melibatkan Amanah), atau faktor fitnah,” katanya kepada FMT.

Faktor sentimen anti-DAP itu turut dipersetujui Mujibu sebagai menyumbang kepada kegagalan Amanah untuk menambah bilangan kerusi Parlimen, selain ketidakmampuan mereka sendiri menterjemahkan imej Islam lebih sederhana dengan baik, walhal demografi Malaysia yang berbilang kaum dan agama sebenarnya lebih bersesuaian dengan ideologi politik cuba dibawa mereka.
Sehubungan itu, beliau percaya Amanah perlu memanfaatkan kedudukan mereka dalam kerajaan semasa bagi menguatkan akar umbi di kawasan sasaran, selain membina naratif kuat dan mengena seperti dibawa PAS melalui slogan “Membangun bersama Islam”.
“(Amanah perlu) tarik dan naikkan tokoh muda yang berkebolehan atau berketerampilan seperti Sany Hamzan…kikis imej ‘splinter’ PAS dan kurangkan pergantungan kepada tokoh-tokoh terkait sedemikian,” katanya berhubung strategi Amanah pada masa depan.
Mujibu berkata, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Naib Presiden Adly Zahari dilihat mempunyai kemampuan dimaksudkan, namun belum sampai ke tahap mampu mempengaruhi dari aspek persona seperti tokoh PAS.

Ketika ditanya mengapa Amanah dilihat gagal menyaingi PAS di kerusi Parlimen di utara dan pantai timur tanah air, Faizal menjelaskan terdapat perbezaan pemikiran pengundi Islam di kedua-dua bahagian Semenanjung Malaysia itu.
“Umat Islam di Kedah memang konservatif dan mudah ‘radicalised’. Jangan lupa insiden Memali. Di negeri selatan misalnya tiada sembahyang dua imam (disebabkan peristiwa Memali dan Amanat Hadi pada 1980-an dan 1990-an).
“Makanya PAS ada tapak semaian sejak dulu. Demikian juga di Perlis,” katanya.
Mujibu turut percaya Amanah perlu membina imej yang boleh berdiri sendiri seperti PAS yang tetap dikenali sama ada bersama Perikatan Nasional atau Pakatan Rakyat sebelum itu.
“Amanah perlu juga bentuk imej baru yang boleh mandiri berbanding terkait PKR atau Pakatan Harapan secara umum,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM452,835.41
Ethereum (ETH) RM10,609.54
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,805.77
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.69
BUSD (BUSD) RM4.11
Cardano (ADA) RM3.13
Solana (SOL) RM720.42
Dogecoin (DOGE) RM0.923869
Polkadot (DOT) RM18.62
Polygon (MATIC) RM0.969936
Lido Staked Ether (STETH) RM10,596.89
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.14
Avalanche (AVAX) RM94.10