Terdapat 17,547 kes aktif Covid-19, termasuk 69 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 kembali melepas angka 1,000 semalam dengan 1,040 kes baharu direkodkan, manakala sembilan kematian dilaporkan.
Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 5,012,483 kes dan 36,778 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 17,547 kes aktif Covid-19, termasuk 69 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 52 daripada memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 1,100 orang atau 6.3% menerima rawatan di hospital.
Sementara 16,378 pesakit lagi menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Seramai 1,456 pesakit dilaporkan sembuh.