Mangsa bunuh disamun, dikelar leher

0

Polis berkata siasatan awal mendapati mangsa bersama anaknya dalam perjalanan dari rumah sewa ke rumah kakaknya di seberang jalan untuk mengambil sayur.
KOTA KINABALU: Wanita yang ditemui maut di Kampung Titingan, Tawau malam tadi dipercayai disamun sebelum lehernya dikelar menggunakan objek tajam.
Timbalan Ketua Polis Tawau, Champin Piuh, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.30 malam Khamis.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 30 tahun bersama anaknya yang berusia setahun dalam perjalanan dari rumah sewanya ke rumah kakaknya di seberang jalan untuk mengambil sayur.
“Sebaik tiba di lorong gelap, mangsa dipercayai disamun dan berlaku pergelutan, sebelum mangsa dicederakan di bahagian leher menggunakan objek tajam.

“Menurut saksi (seorang lagi anak mangsa), rantai leher dan anting-anting emas yang dipakai ibunya hilang ketika mayatnya ditemui,” katanya ketika ditemui.
Champin berkata, siasatan polis lebih menjurus kepada pelakunya untuk mengenal pasti dan mengesan suspek terbabit.
“Kami mendapati suspek mengambil kesempatan menyamun mangsa kerana lokasi kejadian yang gelap dan tiada rumah berdekatan.”
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil ke IPD Tawau atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Semalam, tular satu video 24 saat di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak menangis di sisi mayat seorang wanita yang terbaring berlumuran darah.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM452,522.31
Ethereum (ETH) RM10,500.08
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,788.17
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.69
BUSD (BUSD) RM4.22
Cardano (ADA) RM3.09
Solana (SOL) RM724.69
Dogecoin (DOGE) RM0.92262
Polkadot (DOT) RM18.83
Polygon (MATIC) RM0.963078
Lido Staked Ether (STETH) RM10,489.97
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM94.01