Mangsa banjir boleh ganti lesen memandu rosak percuma

0

Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin berkata penggantian secara percuma itu membabitkan lesen memandu Malaysia (LMM), lesen kenderaan motor (LKM) dan sijil pemilikan kenderaan (VOC). (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menyediakan perkhidmatan penggantian dan pembaharuan dokumen secara percuma kepada mangsa banjir negeri itu.
Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin, berkata penggantian secara percuma itu membabitkan lesen memandu Malaysia (LMM), lesen kenderaan motor (LKM) dan sijil pemilikan kenderaan (VOC).
Katanya, pembaharuan dan penggantian membabitkan dokumen rosak, hilang atau musnah akibat banjir luar biasa melanda negeri itu.
“JPJ sentiasa membantu mangsa terjejas banjir menerusi program penggantian dan pembaharuan lesen memandu, lesen kenderaan motor dan sijil pemilikan kenderaan secara percuma.

“Bagi dokumen yang rosak dan hilang, pemilik perlu hadir mengemukakan dokumen asal yang rosak di mana-mana kaunter JPJ di negeri ini.
“Bagi dokumen hilang atau musnah akibat banjir, pemilik perlu mengemukakan salinan laporan polis atau salinan borang pendaftaran mangsa bencana yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pejabat daerah,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan JKM bagi memudahkan urusan mangsa banjir jika mereka tidak mengemukakan salinan dokumen yang diperlukan.
Katannya, tiada tempoh diberikan kepada mangsa banjir untuk berbuat demikian, namun pihaknya menasihatkan mereka memohon segera sebaik keluar dari pusat pemindahan sementara (PPS).

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM456,000.23
Ethereum (ETH) RM10,693.70
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,829.08
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.77
BUSD (BUSD) RM4.17
Cardano (ADA) RM3.16
Solana (SOL) RM729.13
Dogecoin (DOGE) RM0.931755
Polkadot (DOT) RM18.79
Polygon (MATIC) RM0.980704
Lido Staked Ether (STETH) RM10,688.58
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM95.07