Abdul Karim gagal pertahan naib presiden PBB

0

Abdul Karim Rahman Hamzah hanya meraih 669 undi manakala Abdul Rahman Junaidi turut gagal mempertahankan jawatan itu pada pemilihan semalam.

KUCHING: Abdul Karim Rahman Hamzah gagal mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden sayap Bumiputera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pemilihan semalam.

Berdasarkan keputusan yang diumumkan Pengerusi Pemilihan Awang Bemee Awang Ali Basah pada Perhimpunan Agung Ke-16 PBB hari ini, Abdul Karim yang merupakan menteri pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan Sarawak meraih 669 undi, sekali gus meletakkan beliau di tempat ke lima dari enam calon bertanding.

Hanya empat calon yang mempunyai jumlah undian tertinggi akan memenangi jawatan tersebut.

Adun Satok Ibrahim Baki yang merupakan pencabar baharu bagi jawatan tersebut meraih undi terbanyak dengan 910 undi diikuti Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Julaihi Narawi yang berjaya mempertahankan jawatannya dengan 900 undi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Annuar Rapaee juga berjaya mempertahankan jawatannya apabila meraih 788 undi.

Seorang lagi pencabar baharu untuk jawatan itu iaitu Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Len Talif Salleh, turut menang jawatan tersebut dengan 687 undi.

Selain itu Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Abdul Rahman Junaidi juga gagal mempertahankan jawatan apabila meraih 546 undi.

PBB terbahagi kepada dua sayap iaitu sayap Bumiputera yang terdiri daripada Melayu/Melanau manakala sayap Pesaka terdiri kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Lebih 4,000 perwakilan menghadiri perhimpunan agung itu yang berlangsung dari 14 hingga 16 Feb ini.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,618.82
Ethereum (ETH) RM7,843.03
Tether (USDT) RM4.33
BNB (BNB) RM2,600.01
USDC (USDC) RM4.33
XRP (XRP) RM9.56
BUSD (BUSD) RM4.32
Cardano (ADA) RM3.00
Solana (SOL) RM645.40
Dogecoin (DOGE) RM0.758165
Polkadot (DOT) RM17.83
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,837.06
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.33
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM91.61