Adakah telco akan langgar undang-undang pelaksanaan rangkaian 5G kedua, soal Ahli Parlimen

0

Wan Saiful Wan Jan bimbang dengan penguasaan secara kolektif rangkaian mudah alih (MNO) dalam pegangan saham Digital Nasional Bhd (DNB).

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tasek Gelugor bimbang dengan rancangan kerajaan berhubung pelaksanaan rangkaian 5G kedua yang boleh menyebabkan syarikat telekomunikasi melanggar Seksyen 133 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Wan Saiful Wan Jan berkata, menerusi undang-undang itu syarikat dilesenkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dilarang terbabit dalam mengurangkan persaingan terbuka dalam pasaran komunikasi.

Ketua portfolio komunikasi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) membangkitkan kebimbangan itu berdasarkan syarat ditetapkan Putrajaya yang syarikat telekomunikasi bersaing menjadi pemaju rangkaian 5G kedua mesti mempunyai kepentingan dalam DNB, iaitu pemilik rangkaian 5G pertama negara.

Menurutnya, lanjutan daripada itu rangkaian mudah alih (MNO) terdiri CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd telah menguasai 65% pegangan saham dalam DNB.

Katanya, keadaan itu akan menyebabkan syarikat terbabit mengetahui butiran teknikal dan kewangan selain mempunyai wakil dalam lembaga pengarah DNB.

“Semua pemegang saham DNB berhak memohon menjadi pengendali rangkaian 5G kedua yang bakal diwujudkan untuk menyaingi DNB. Situasi ini memberi kelebihan perniagaan tidak adil kepada syarikat-syarikat tersebut.

“⁠Keberadaan mereka dalam Lembaga Pengarah DNB memberikan syarikat telekomunikasi berkenaan kawalan tidak adil ke atas pengurusan dan operasi DNB serta akses kepada maklumat-maklumat kewangan dan strategi DNB,” katanya.

“Maklumat dan kuasa dalam Lembaga Pengarah ini boleh digunakan oleh syarikat itu untuk memastikan mereka sendiri mempunyai kelebihan tidak adil apabila bersaing dengan DNB nanti.”

Menyifatkannya tidak logik, Wan Saiful mendakwa tindakan itu dilihat seolah-olah mahu mengawal DNB dan memaksanya bersaing dengan mereka yang mempunyai kuasa mengawal syarikat terbabit.

“Tindakan kerajaan bukan menghasilkan persaingan, tetapi hanya akan menghasilkan kelebihan kepada pesaing DNB untuk membunuhnya dalam pasaran, di mana persaingan disebut-sebut oleh menteri komunikasi.

“Jelas sekali menteri komunikasi tidak cermat dan rancangan beliau tidak difikirkan dengan teliti, sehingga akhirnya yang akan rugi ialah rakyat dan pembayar cukai,” katanya.

Wan Saiful turut mempersoalkan ketelusan kerajaan apabila tidak memberikan perincian berhubung pakej maklumat pemohon (AIP) dikeluarkan 1 Julai lalu bagi mengenal pasti MNO untuk rangkaian kedua 5G kedua yang dicadangkan

“Tiada perincian diberikan tentang AIP ini dan kriteria dikehendaki juga tidak mudah diperolehi secara terbuka. Kenapa kerajaan tidak telus dalam proses penting ini?,” soalnya.

Sebelum ini, tokoh veteran industri internet Mohamed Awang Lah mengkritik langkah itu dengan berkata konflik kepentingan sentiasa wujud dalam pelancaran rangkaian 5G Malaysia disebabkan kegagalan memastikan kebebasan DNB.

Bekas ketua eksekutif Jaring itu menegaskan syarikat telekomunikasi tidak sepatutnya diundang memegang saham dalam DNB.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM418,428.74
Ethereum (ETH) RM7,952.87
Tether (USDT) RM4.31
BNB (BNB) RM2,588.14
USDC (USDC) RM4.31
XRP (XRP) RM9.62
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.07
Solana (SOL) RM648.51
Dogecoin (DOGE) RM0.781515
Polkadot (DOT) RM18.12
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,948.08
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.31
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM94.27