Adaptasi pendigitalan lebih pesat akibat Covid-19

0

Kuala Lumpur: Usaha pendigitalan dalam kalangan masyarakat dijangka terus pesat berikutan pandemik Covid-19, demikian menurut Telenor Research, cabang penyelidikan firma telekomunikasi terkemuka berpejabat di Norway, Telenor Group.

Ketua Penyelidikan Telenor Research Bjorn Taale Sandberg berkata, pandemik itu terbukti memaksa penduduk global untuk bertindak segera menyesuaikan diri dengan norma hidup baharu yang lebih berteraskan digital.

“Pandemik itu menyebabkan kita serta hampir setiap industri di serata dunia untuk melakukan penyesuaian diri pada kadar pantas yang sebelum ini dianggap sebagai mustahil. Tempoh setahun lalu misalnya, telah membuktikan bahawa pendigitalan itu adalah teras bagi menangani isu-isu utama masyarakat selain mempermudah cara bekerja dan kehidupan dalam 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media Telenor Tech Trends secara maya, semalam.

Menurut Sandberg, Covid-19 bagaimanapun turut menyebabkan peningkatan mereka yang berasa tersisih dan kesunyian sehingga menimbulkan kebimbangan kesihatan baharu seperti gelisah dan kemurungan.

“Tahun 2020 menunjukkan bahawa kesunyian menjadi asas isu kesihatan awam; isu yang kita yakin akan menggerakkan respons teknologi pada 2021.

“Sehubungan itu, Telenor Research menjangkakan penggiat sektor e-kesihatan akan membangunkan serta melancarkan peralatan yang berkaitan dengan kesihatan mentah. Kita juga mengunjurkan negara-negara yang melaksanakan teknologi 5G sepenuhnya akan menyaksikan penggunaan teknologi realiti maya digunapakai dalam peralatan komunikasi holografik pada tahun depan,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan kecekapan cara bekerja di masa depan, kalangan pengurus akan berusaha meningkatkan kemahiran pekerja dalam keselamatan siber dan penggunaan peralatan serta teknologi digital.

Dalam pada itu, sekatan pergerakan Covid-19 di peringkat global telah mendorong gelombang inovasi dan pencapaian penting dalam pembelajaran digital walaupun tidak banyak membantu mengurangkan jurang pendidikan di peringkat dunia.

“Pada 2021, kita menjangkakan untuk melihat peningkatan kaedah baharu dan kreatif serta kemunculan pembelajaran digital daripada ruang pembelajaran maya yang kian pesat berkembang.

“Keadaan yang dilengkapi dengan akses rangkaian dan peranti berkeupayaan internet, akan menjadi sebahagian daripada lonjakan digital serta manfaat daripadanya,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM401,075.71
Ethereum (ETH) RM7,684.68
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,525.41
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.16
BUSD (BUSD) RM4.22
Cardano (ADA) RM2.86
Solana (SOL) RM614.08
Dogecoin (DOGE) RM0.728415
Polkadot (DOT) RM16.66
Polygon (MATIC) RM0.97923
Lido Staked Ether (STETH) RM7,695.51
Shiba Inu (SHIB) RM0.000054
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM83.48