Ahli akademik tak semestinya sesuai teraju KPM, KPT, kata Puad Zarkashi

0

Puad Zarkashi turut mengkritik Maszlee Malik mengatakan seorang bekas ahli akademik lebih berminat berpolitik selepas dilantik sebagai menteri.
PETALING JAYA: Ahli akademik tidak semestinya menjadi orang paling sesuai untuk menerajui Kementerian Pendidikan atau Kementerian Pengajian Tinggi, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi.
Beliau mengulas kenyataan bekas menteri pendidikan Maszlee Malik semalam yang menggesa orang politik tidak dilantik sebagai menteri pengajian tinggi dan pendidikan selepas PRU16.
“Kalau orang akademik tetapi tidak ada political will (iltizam politik) pun tak guna juga. Yang penting idea dan komitmen,” kata Puad di Facebook.
Beliau turut mengkritik Maszlee, yang juga bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan bekas menteri kewangan serta bekas pegawai bank Tengku Zafrul Aziz.

“Ada orang bukan politik seperti ahli akademik dan ‘banker’ bila jadi Menteri, dia lagi kuat main politik. Lebih parah bila tidak berjiwa rakyat.”
Berucap dalam seminar dasar awam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, Maszlee berkata jawatan menteri pengajian tinggi dan pendidikan itu seharusnya dilantik dalam kalangan pendidik kerana mereka lebih mengetahui “isi hati” dan hala tuju kementerian berkenaan.
Maszlee merupakan menteri pendidikan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), dari Mei 2018 hingga Januari 2020.
Puad berharap menteri pendidikan baharu, Fadhlina Sidek lebih cepat belajar tentang struktur dan isu utama pendidikan dalam kementeriannya.

Beliau juga menggesa peruntukan yang lebih besar disalurkan untuk sekolah luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak, dalam Bajet 2023 – yang akan dibentangkan pada 24 Feb.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM440,941.15
Ethereum (ETH) RM10,010.43
Tether (USDT) RM4.28
BNB (BNB) RM2,876.26
USDC (USDC) RM4.28
XRP (XRP) RM10.06
BUSD (BUSD) RM4.28
Cardano (ADA) RM3.33
Solana (SOL) RM735.26
Dogecoin (DOGE) RM0.880675
Polkadot (DOT) RM20.98
Polygon (MATIC) RM1.09
Lido Staked Ether (STETH) RM10,003.46
Shiba Inu (SHIB) RM0.000064
Dai (DAI) RM4.28
TRON (TRX) RM1.13
Avalanche (AVAX) RM99.75