Ahli Parlimen digantung dilarang dalam dewan termasuk galeri awam

0

Sebelum ini, Johari Abdul dalam suratnya memberitahu Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung selama enam bulan tidak dibenarkan berada di galeri awam. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul memutuskan Ahli Parlimen yang digantung tidak boleh berada di dewan termasuk galeri awam sepanjang persidangan berlangsung.

Johari menegaskan wakil rakyat terbabit hanya boleh mengikuti persidangan di luar dewan berdasarkan arahan berkuat kuasa 15 Okt lalu itu.

“Mana-mana ahli diarahkan keluar, atau diperintah ikut peraturan mesyuarat ini, maksud keluar daripada ‘chamber’ (dewan) ini.

“Dia boleh ikuti dari luar tetapi tidak boleh masuk dalam ‘chamber’, kerana ini akan menimbulkan banyak masalah,” katanya di Dewan Rakyat.

Pada 21 Okt lalu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan meminta Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung enam bulan dibenarkan duduk di galeri awam Dewan Rakyat.

Membangkitkan Peraturan Mesyuarat 44 (5), Takiyuddin (PN-Kota Bharu) berkata walaupun Wan Fayhsal dilarang daripada mengambil bahagian dalam sidang Parlimen susulan penggantungannya, tetapi beliau tidak sepatutnya dihalang menjadi pemerhati di galeri itu.

Sebelum itu, Johari dalam suratnya memberitahu Wan Fayhsal tidak dibenarkan berada di galeri awam atau bilik pegawai kerajaan bertugas di Dewan Rakyat.

Wan Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula 18 Jul lalu susulan dakwaannya mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Usul berhubung penggantungan Wan Fayhsal dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM450,142.11
Ethereum (ETH) RM10,579.34
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,772.11
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.10
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.16
Solana (SOL) RM702.26
Dogecoin (DOGE) RM0.946612
Polkadot (DOT) RM19.55
Polygon (MATIC) RM0.999629
Lido Staked Ether (STETH) RM10,575.56
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.14
Avalanche (AVAX) RM94.60