AirAsia sambut baik buka ‘laluan hijau’

0

AIRASIA menyambut baik pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa esok oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk menjana kembali ekonomi Malaysia.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, negara-negara di seluruh dunia membenarkan perjalanan domestik dan membuka kembali pintu masuk antarabangsa secara beransur-ansur sebagai pengiktirafan bahawa pengangkutan udara adalah penting untuk menjana kembali ekonomi.

AirAsia dalam kenyataan berkata, pembentukan dan perbincangan mengenai ‘perjalanan terkawal’ dan ‘laluan hijau’ dengan negara-negara ekonomi utama yang mempunyai kadar jangkitan rendah dan sistem pencegahan pandemik yang berkesan adalah langkah tepat.

“Sektor penerbangan dan pelancongan menyumbang sekitar empat peratus dan 10 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dunia.

“Lebih 65 juta pekerjaan di seluruh dunia disokong oleh sektor penerbangan, sementara satu daripada 10 pekerjaan di seluruh dunia disumbangkan sektor pelancongan,” katanya.

Menurutnya, perjalanan udara adalah salah satu kaedah perjalanan paling selamat dan menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), risiko jangkitan di dalam pesawat terbukti amat rendah.

“Kedudukan penumpang yang menghadap ke hadapan tempat duduk berfungsi sebagai penghadang, sementara udara di dalam kabin ditapis sepenuhnya dan diperbaharui pada setiap dua hingga tiga minit melalui penapis HEPA bergred hospital, untuk memastikan udara sentiasa bersih,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM453,978.43
Ethereum (ETH) RM10,803.16
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,800.04
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.22
BUSD (BUSD) RM4.28
Cardano (ADA) RM3.19
Solana (SOL) RM714.04
Dogecoin (DOGE) RM0.961906
Polkadot (DOT) RM19.68
Polygon (MATIC) RM0.998224
Lido Staked Ether (STETH) RM10,788.73
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.14
Avalanche (AVAX) RM95.16