Allianz Life tawar khidmat jaga amanah

0

ALLIANZ Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) menjalin kerjasama dengan RHB Trustees Berhad bagi memberi pelanggannya perkhidmatan pemegang amanah dalam membantu menguruskan serta melindungi warisan untuk keluarga mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Joseph Gross berkata, sehingga 31 Disember tahun depan, Allianz Life akan merujuk pelanggan yang mempunyai jumlah keseluruhan polisi insurans dengan jumlah yang diinsuranskan minimum RM500,000 kepada RHB Trustees.

Katanya, rujukan itu membolehkan pelanggan merangka amanah insurans bagi diwarisi ahli keluarga mereka dengan kadar tetap istimewa iaitu pada RM500 untuk setiap amanah insurans.

“Sebagai penanggung insurans, kami menekankan kepentingan perancangan warisan dan perlindungan pendapatan keluarga.

“Kita meluangkan seumur hidup untuk mengumpul kekayaan, tetapi tidak mementingkan proses pentadbiran harta pusaka selepas meninggal dunia.

“Oleh sebab itu, waris mungkin tidak boleh mewarisi hak mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Joseph berkata, tanpa mengira jenis aset kekayaan, sama ada hartanah, akaun deposit tetap atau mungkin hanya barang kemas, setiap  individu harus meneliti cara mewariskan harta dan aset mereka kepada keluarga mereka.

“Perancangan warisan sering dikaitkan dengan memiliki wasiat dan bukti terakhir, tetapi ramai individu lebih cenderung menubuhkan amanah.

“Antara  tarikan untuk amanah ialah mengelak probet mahkamah yang lama dan kos yang tidak perlu yang datang bersamanya.

“Dengan Amanah Insurans, kami boleh memastikan ahli keluarga dijaga dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RHB Trustees, Kumpulan Perbankan RHB, Tony Chien berkata, pihaknya percaya bahawa strategi pemindahan harta diperlukan dalam perancangan kewangan komprehensif.

“Laporan statistik baru-baru ini menunjukkan 70 peratus rakyat Malaysia masih tidak mempunyai Perancangan Harta atau Warisan yang betul.

“Oleh itu, kerjasama bersama Allianz ini ialah langkah utama yang strategik untuk RHB Trustees, yang membolehkan kami membantu masyarakat untuk merancang secara profesional Perancangan Warisan bagi melindungi orang yang mereka sayang,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM447,529.62
Ethereum (ETH) RM11,260.40
Tether (USDT) RM4.32
BNB (BNB) RM2,823.54
USDC (USDC) RM4.32
XRP (XRP) RM11.07
BUSD (BUSD) RM4.30
Cardano (ADA) RM3.46
Solana (SOL) RM765.25
Dogecoin (DOGE) RM1.01
Polkadot (DOT) RM21.70
Polygon (MATIC) RM1.09
Lido Staked Ether (STETH) RM11,264.51
Shiba Inu (SHIB) RM0.000068
Dai (DAI) RM4.32
TRON (TRX) RM1.19
Avalanche (AVAX) RM109.14