PETALING JAYA: Amanah Johor tidak menolak khabar angin bahawa pengarah komunikasinya, Khalid Samad, akan disenaraikan sebagai calon PRK Pulai.
Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, keputusan terletak pada kepimpinan pusat, namun pihaknya berharap calon Pulai dan DUN Simpang Jeram nanti adalah individu tempatan yang mempunyai sokongan akar umbi.
Aminolhuda berkata, pihaknya ketika ini baru menerima satu pencalonan bagi Pulai, manakala bagi Simpang Jeram masih tiada nama diserahkan peringkat bahagian.