Bahana cari kerja di Singapura dengan ‘dada kosong’

0

Selasa lalu Exco Johor Aznan Tamin berkata langkah Singapura tidak mensyaratkan pengambilan pekerja tempatan perlu mempunyai kelayakan SPM antara faktor ada pelajar negeri itu enggan mendudukinya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Sekitar 16 tahun lalu, Haziq (bukan nama sebenar) membuat keputusan tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mahu mencuba nasib di Singapura.
Anak jati Muar itu menaruh harapan dapat mencari pekerjaan di Singapura dan meraih pendapatan lumayan, susulan nilai dolar lebih tinggi berbanding ringgit.
“Saya tidak minat lagi hendak belajar waktu itu, lebih baik kerja terus,” katanya kepada FMT, sambil menambah ada sedikit kekesalan atas keputusan itu.
Anuar Ahmad.
Ini kerana dia sukar mendapat pekerjaan lantaran kelulusan pendidikan yang terhad. Nasib akhirnya menyebelahi Haziq apabila dapat pekerjaan sebagai mekanik di Jurong, itu pun kerana ada kemahiran berkaitan.
“Bukan mudah waktu mula-mula dan mujur saya ada kemahiran…saya tak pasti kerja apa ditawarkan untuk yang tiada kelulusan minimum seperti SPM,” katanya, mengulas laporan media 900 calon di Johor gagal menduduki SPM kerana beranggapan boleh mendapat pekerjaan di Singapura.
Selasa lalu, Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin, dipetik berkata langkah Singapura tidak mensyaratkan pengambilan pekerja tempatan perlu mempunyai kelayakan SPM antara faktor ada pelajar Johor enggan menduduki peperiksaan itu.
Haziq menasihatkan calon pada masa depan memikirkan sebaik-baiknya sebelum ‘ponteng’ SPM untuk bekerja di Singapura.
“Ikut pengalaman saya tak mudah nak cari. Nasihat saya jangan ‘kosong’ ke Singapura…habis belajar dahulu atau ambil sijil kemahiran supaya ada jaminan,” katanya yang kini berusia 32 tahun.
Seorang lagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura akui peluang mendapat kerja baik agak terhad tanpa SPM.
“Gaji dalam F&B (makanan dan minuman) ketika itu sekitar SGD1,600 kerana tiada sijil atau pengalaman. Bayangkan macam mana nak tampung sewa rumah dan kos hidup,” kata lelaki mahu dikenali Lee, menceritakan pengalaman membanting tulang tanpa hari rehat yang konsisten untuk menyara hidup.
Lee, 32, berasal dari Kluang berkata, gajinya sebagai kerani ketika ini sekadar ‘cukup-cukup makan’ dan bergantung pada elaun kerja lebih masa supaya boleh bernafas lega.
Sementara itu, pakar pendidikan, Anuar Ahmad, berkata usaha menarik minat pelajar menghabiskan sistem persekolahan sehingga selepas SPM harus menjadi keutamaan kerajaan.
Felo bersekutu di Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (Minda UKM) itu percaya pengalaman ketika belajar di sekolah rendah mungkin mendorong seseorang tidak mahu menduduki SPM.
Beliau menggesa pemantauan di peringkat awal sekolah rendah supaya campur tangan dilakukan sebelum murid melangkah ke sekolah menengah.
“Kena perkenalkan sistem pemantauan prestasi yang berkualiti bermula dari sekolah rendah…tak boleh biarkan dan menyedari mereka tidak minat belajar di sekolah menengah.
“Biarlah mereka memiliki SPM sekurang-kurangnya sebagai sijil bagi membuktikan ada kelayakan minimum untuk cari kerja,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM409,125.69
Ethereum (ETH) RM7,784.83
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,544.63
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.33
BUSD (BUSD) RM4.23
Cardano (ADA) RM2.98
Solana (SOL) RM628.78
Dogecoin (DOGE) RM0.760278
Polkadot (DOT) RM17.47
Polygon (MATIC) RM0.987148
Lido Staked Ether (STETH) RM7,781.46
Shiba Inu (SHIB) RM0.000056
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM88.38