Balas Balik Merungkai Misteri 29 Mei Ini

0

Di sebalik sebuah kematian ada rahsia, di sebalik rahsia ada kebencian yang membunuh kemanusiaan.

Tidak semua kematian adalah penamat, adakala kematian menjadi jawapan yang selama ini terperangkap dalam nafas kehidupan. 

Balas Balik diilhamkan daripada pemerhatian terhadap kesialan-kesialan itu yang boleh mendorong manusia hilang pertimbangan. hidup dalam acuan amarah dan dendam tidak terpadam.

Biar cuba dihapuskan, kesakitan silam menjadi racun dalam darah, natijahnya tanpa sedar sedikit demi sedikit membunuh nurani dalam senyap. Itulah Balas Balik sebuah kisah dendam yang terbenih dalam jiwa.

Mengambil polemik buli tidak berkesudahan dalam masyarakat, dari situlah lahir keinginan untuk mengangkat isu berkenaan dan kesannya yang berpanjangan.

“Kita turut terasa sakit setiap kali kisah buli terpapar dalam berita dan media sosial. Jadi saya terfikir untuk menunjukkan bagaimana trauma akibat buli boleh mendorong seseorang mencari keadilan dengan caranya sendiri, yang kadangkala membawa kepada tindakan yang tidak dijangka. 

“Apabila mahu difiksyenkan, saya pilih genre penyiasatan jenayah. Secara peribadi, itu genre kegemaran saya. Terima kasih pasukan penulis skrip saya yang sudah menjayakan idea tersebut,”jelas penerbit Balas Balik, Shaiba.

Diterbitkan Shaibha Vision Sdn Bhd dengan skrip daripada pemenang pelbagai anugerah, Siti Jasmina Ibrahim, Balas Balik dihasilkan sebagai fiksyen penyiasatan bergaya, sebuah filem dengan genre yang jarang diketengahkan filem Melayu di pawagam tanah air.

“Saya harap penonton dapat faham buli bukan isu remeh, dan kesannya boleh berpanjangan hingga dewasa. Naskhah ini  mengajak penonton merenung pentingnya empati dan sokongan kepada mangsa buli,”jelas…l

Menjalani penggambaran selama sebulan sekitar hujung tahun 2022 di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang, Balas Balik bukan filem bajet mega atau sains fiksyen penuh CGI tetapi ada kekuatan jalan cerita dan makna.

“Balas Balik cuba beri emosi watak utama dengan jujur dan menyentuh hati penonton. Saya percaya pemilihan pelakon juga tepat dan Shukri Yahaya sebagai utama sudah memberikan yang terbaik. Dia buat filem ini dulu sebelum Blood Brother dan drama Andai Itu Takdir, maknanya dia memang pilihan tepat kamu, dia bukan pelakon watak kejam sahaja, tetapi penyelesai puzzle yang genius,” katanya Shaiba.

Balas Balik merupakan sebuah filem ketiga arahan Fedoz Kader. Dibintangi Shukri Yahaya, Tony Eusoff, Marissa Yasmin, Isyariana, Adam Lee, Zarul Umbrella, Meor Mohd dan Razman Mahayuddin. 

Watak Utama : Shukri Yahaya sebagai Detektif Zul

Watak Utama : Shukri Yahaya sebagai Detektif Zul

Mengisahkan Detektif Zul (Shukri Yahaya) yang menyiasat kematian misteri seorang CEO, dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung. Dalam siasatan, dia mendapati ada rahsia gelap dan dendam yang tersembunyi di sebalik kes berkenaan.

Semua pelaku mempunyai motif masing² tapi dalam ramai yang menjadi suspek, menjadi pertanyaan. Siapakah yang dalang utama yang akan diseret ke muka pengadilan?

Jika Blood Brothers (BB) menyerang panggung dengan darah persaudaraan dan pengkhianatan, BB versi Balas Balik pula sebuah penyiasatan merungkai misteri sebuah kematian bertingkah dendam.

Filem terbitan Shaibha Vision ini, akan memulakan tayangan bermula 29 Mei 2025.

Genre: Penyiasatan Jenayah

Tarikh Tayangan: 29 Mei 2025

Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim

Shukri Yahaya sebagai Detektif Zul

Tony Eusoff sebagai Roslan

Marisa Yasmin sebagai Angel

Zarul Husin sebagai Kamal

Meor Mohd sebagai Jauhari

Razman Mahyuddin sebagai Ikhwan

Josiah Lim sebagai Danial

Maisara Sufia sebagai Mimi

Komposer & Lirik: Nurzaidi Abd Rahman

Trailer Rasmi Filem Balas Balik

OST Balas Balik nyanyian Hariz Fayahet

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM457,816.44
Ethereum (ETH) RM10,753.83
Tether (USDT) RM4.29
BNB (BNB) RM2,783.62
USDC (USDC) RM4.29
XRP (XRP) RM10.08
BUSD (BUSD) RM4.28
Cardano (ADA) RM3.17
Solana (SOL) RM720.37
Dogecoin (DOGE) RM0.962765
Polkadot (DOT) RM19.91
Polygon (MATIC) RM0.992884
Lido Staked Ether (STETH) RM10,734.39
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM96.08