Bank Islam salur RM400,000 untuk misi bantu mangsa banjir

0

Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), akan menyalurkan dana berjumlah RM400,000 daripada platform pendanaan awam Islamnya, Sadaqa House, untuk misi bantuan kemanusiaan dan bencana banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, selain menawarkan kemudahan moratorium kepada pelanggan yang terjejas akibat banjir, pihaknya juga mengambil keputusan untuk menggandakan usaha dengan memperuntukkan sumbangan daripada inisiatif kewangan sosial Islam yang diperolehi melalui Sadaqa House.

Katanya, ini bagi memastikan dana sokongan dan bantuan yang signifikan dapat disalurkan kepada mangsa yang terkesan.

“Justeru, usaha ini juga secara tidak langsung mencerminkan bahawa institusi perbankan Islam sentiasa mengamalkan konsep perkongsian rezeki dan peranan instrumen kewangan sosial Islam seperti sedekah, zakat dan wakaf mempunyai kelebihan dalam memainkan peranan penting untuk membantu menjaga kebajikan sosio ekonomi ummah.

“Kami turut menyalurkan RM100,000 daripada jumlah dana kepada Yayasan Al-Sultan Abdullah yang kini sedang giat menjalankan aktiviti membantu mereka yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Dana misi bantuan kemanusiaan dan bencana Bank Islam merangkumi sokongan bantuan langsung seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, kelengkapan asas mangsa banjir di PPS serta pembelian peralatan kebersihan bagi menghadapi keadaan pasca banjir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bank Islam turut bekerjasama dan menjalinkan hubungan strategik dengan beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Yayasan Food Bank Malaysia (YBFM), Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Mercy Malaysia untuk penyaluran bantuan ini.

Orang ramai yang ingin turut menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Sadaqa House Bank Islam atau melayari www.sadaqahouse.com.my. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bankislam.com.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM441,005.36
Ethereum (ETH) RM9,934.66
Tether (USDT) RM4.28
BNB (BNB) RM2,721.72
USDC (USDC) RM4.28
XRP (XRP) RM10.06
BUSD (BUSD) RM4.28
Cardano (ADA) RM3.34
Solana (SOL) RM733.89
Dogecoin (DOGE) RM0.874532
Polkadot (DOT) RM20.38
Polygon (MATIC) RM1.08
Lido Staked Ether (STETH) RM9,929.69
Shiba Inu (SHIB) RM0.000064
Dai (DAI) RM4.28
TRON (TRX) RM1.12
Avalanche (AVAX) RM98.81