Bank Mualamat tawar moratorium pinjaman untuk mangsa banjir

0

Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Bhd menawarkan tempoh moratorium pinjaman sehingga enam bulan bagi semua kemudahan pembiayaan kepada individu dan perniagaan di kawasan yang dilanda banjir.

Tawaran moratorium itu dibuka kepada pelanggan yang layak bermula sehingga 28 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkata, bank itu prihatin dengan kesejahteraan pelanggannya yang terjejas akibat banjir yang sedang melanda sekarang yang menjejaskan ribuan penduduk, merosakkan ladang dan menyebabkan perniagaan ditutup.

Oleh itu, katanya, bank menawarkan bantuan dalam bentuk moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan berdasarkan kepada merit kes.

“Kami faham ramai pelanggan telahpun berdepan kekangan kewangan akibat pandemik Covid-19 dan situasi banjir ketika ini membebankan lagi mereka.

“Oleh itu, bank ini akan terus menghubungi pelanggan menerusi pelbagai platform media sosial bagi memastikan mereka mendapat penangguhan dalam kewajipan kewangan mereka semasa tempoh sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelanggan yang ingin memohon bantuan perlu melengkapkan bukti dokumen yang berkaitan seperti foto dan pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, Khairul berkata pelanggan yang termasuk dalam program yang ketika ini dikenal pasti sebagai “Bantuan Pembayaran Bersasar” atau “Bantuan Pembayaran Bersasar Dipertingkat” layak memohon dan tempoh pembayaran moratorium itu akan menggantikan program sedia ada.

Bagi maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank terbabitt di talian 03-2600 5500.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM407,779.06
Ethereum (ETH) RM7,831.58
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,510.07
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.29
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM2.93
Solana (SOL) RM626.06
Dogecoin (DOGE) RM0.737155
Polkadot (DOT) RM16.88
Polygon (MATIC) RM0.986329
Lido Staked Ether (STETH) RM7,824.25
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.05
Avalanche (AVAX) RM85.78