Bank Rakyat umum penamatan perkhidmatan pengerusinya

0

BANK Rakyat, mengumumkan penamatan

perkhidmatan Datuk Noripah Kamso sebagai Pengerusi serta semua jawatan lain yang

disandang beliau di Bank Rakyat termasuk sebagai Pengerusi Yayasan Bank Rakyat

berkuat kuasa, hari ini.

Bank Rakyat menerusi kenyataan dikeluarkan berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Noripah yang sudah berkhidmat bersama Bank Rakyat sejak 11 Disember 2018.

“Kami menghargai jasa dan khidmat yang diberikan Datuk Noripah Kamso terutamanya

dalam mengemudi perancangan dan memimpin agenda kelestarian bank serta mendoakan yang terbaik untuk masa hadapan beliau,” katanya.

Bank Rakyat juga optimis bahawa meskipun terdapat perubahan dalam kepimpinan bank, segala operasi dan hala tuju yang direncana akan diteruskan seperti biasa

bagi meneruskan legasi kecemerlangan Bank Rakyat.

Pengumuman pelantikan Pengerusi Bank Rakyat yang baharu akan dimaklumkan sebaik sahaja segala proses pelantikannya dimuktamadkan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM445,810.91
Ethereum (ETH) RM10,776.57
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,806.81
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.91
BUSD (BUSD) RM4.29
Cardano (ADA) RM3.44
Solana (SOL) RM750.26
Dogecoin (DOGE) RM0.985434
Polkadot (DOT) RM21.61
Polygon (MATIC) RM1.08
Lido Staked Ether (STETH) RM10,768.66
Shiba Inu (SHIB) RM0.000067
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.14
Avalanche (AVAX) RM105.84