Bank tempatan bayar dividen tinggi

0

HASIL pemantauan RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) terhadap prestasi bank di Malaysia mendapati bank di Malaysia membayar dividen lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 di tengah-tengah prospek pertumbuhan pinjaman yang suram dan peningkatan lebihan modal.

Bagaimanapun, katanya, kedudukan modal institusi kewangan itu kekal kukuh selepas melaksanakan pembayaran dividen.

Ketua Bersama Penarafan Institusi Kewangan RAM Ratings, Wong Yin Ching berkata, nisbah pembayaran dividen kumpulan perbankan domestik bagi tahun kewangan 2019 mencatat angka lebih tinggi sekitar 29 peratus hingga 88 peratus berbanding 19 peratus hingga 77 peratus pada tahun sebelumnya.

“Jangkaan pertumbuhan pinjaman lebih perlahan di tengah-tengah kualiti aset sistem perbankan domestik yang masih kukuh juga bermakna keperluan modal yang lebih kecil.

“Ini akan membolehkan bank mengagihkan sebahagian daripada lebihan modal itu kepada pemegang saham masing-masing,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, sektor perbankan Malaysia mengakhiri 2019 dengan pengembangan pinjaman lebih kecil iaitu 3.9 peratus iaitu angka terendah berbanding 5.6 peratus dalam 2018.

“Permintaan kredit dijangka terus terhad berikutan penularan COVID-19 dan ketidaktentuan politik selepas terkesan dengan pertikaian perdagangan Amerika Syarikat-China dan pertumbuhan global suram,” katanya.

Malah, katanya, pertumbuhan pinjaman pada 2020 dijangka mencatat angka lebih rendah berbanding tahun lalu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM410,251.70
Ethereum (ETH) RM7,709.49
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,550.67
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.02
BUSD (BUSD) RM4.23
Cardano (ADA) RM2.83
Solana (SOL) RM617.86
Dogecoin (DOGE) RM0.726068
Polkadot (DOT) RM16.68
Polygon (MATIC) RM0.92315
Lido Staked Ether (STETH) RM7,708.05
Shiba Inu (SHIB) RM0.000054
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.04
Avalanche (AVAX) RM82.07