Bantuan pembayaran pasca moratorium Bank Islam dilanjut sehingga Jun 2021

0

 

Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) komited membantu pelanggannya yang tidak terkesan akibat kehilangan pekerjaan atau pengurangan gaji tetapi masih memerlukan bantuan.

Ia menerusi tawaran penstrukturan semula kepada pelanggan bagi membolehkan mereka mengatur semula aliran kewangan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed berkata, sejak pelaksanaan moratorium automatik pada April 2020, pihaknya secara konsisten sudah mendekati pelanggan yang memerlukan pelan pembayaran  semula yang lebih khusus.

   Katanya, sehingga kini, kadar kelulusan permohonan bagi bantuan pasca moratorium untuk pelanggan perniagaan adalah hampir 100 peratus.

   “Sementara bagi pelanggan runcit, kami sudah meluluskan 100 peratus daripada jumlah permohonan yang lengkap dengan dokumen sokongan, yang mana 43 peratus kelulusan untuk penangguhan selama tiga bulan, dan baki 57 peratus kelulusan di bawah pelan pengurangan ansuran selama enam bulan.

   “Pihak bank juga giat menghubungi pelanggan terkesan tetapi masih belum menghantar dokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan bantuan pembayaran semula bersasar mereka.

   “Di samping itu, proses permohonan juga sudah dipermudahkan bagi membantu pelanggan kerana kami sedar terdapat pelanggan yang mungkin terus mengalami tekanan aliran tunai berikutan pandemik ini dan memerlukan sokongan tambahan bagi membolehkan mereka menguruskan keadaan kewangan dengan lebih baik,” katanya dalam kenyataan.

  Sehubungan itu, Bank Islam sentiasa bersedia untuk berbincang dan menyediakan penyelesaian kewangan terbaik bagi membantu mereka mendepani keadaan yang mencabar ini.

   Menurutnya, walaupun tempoh moratorium automatik selama enam bulan berakhir akhir September 2020, Bank Islam terus mempertimbangkan permohonan daripada pelanggan terkesan yang memerlukan bantuan pembayaran semula ini.

    Beliau berkata, setakat ini, 98 peratus pelanggan Bank Islam sudah menyambung semula komitmen pembayaran pembiayaan mereka.

   “Pembayaran semula ini dapat memastikan kecairan dan sumber kewangan sentiasa tersedia bagi membolehkan Bank Islam terus memberikan sokongan kepada individu dan perniagaan lain.

    “Bank Islam memberi jaminan bahawa perkhidmatan perbankan yang berterusan boleh terus dinikmati melalui platform perbankan dalam talian dan maya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memenuhi keperluan perbankan pelanggan,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM409,394.17
Ethereum (ETH) RM7,869.38
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,546.72
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.42
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM3.00
Solana (SOL) RM623.71
Dogecoin (DOGE) RM0.750834
Polkadot (DOT) RM17.17
Polygon (MATIC) RM0.99149
Lido Staked Ether (STETH) RM7,861.20
Shiba Inu (SHIB) RM0.000056
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM87.02