Beri tumpuan Gen Z | Harian Metro

0

BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) merancang memperkenalkan Kempen Gen Z di bawah produk Al-Awfar kendaliannya yang memberi tumpuan kepada kumpulan pelanggan berusia 18 hingga 28 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, kempen itu satu daripada beberapa kempen menarik direncana di bawah Al-Awfar dalam usaha memastikan setiap produk ditawar menepati kehendak pelbagai kumpulan pelanggan.

“Kempen ini menyasar golongan yang juga kita kenali sebagai Gen Z atau milenial di mana ia menawarkan imbuhan berupa wang tunai atau gajet sama ada secara mingguan atau dwimingguan.

“Kempen ini juga bertujuan memberi cabaran kepada kumpulan sasar untuk menyertai kempen dan menambah jumlah pelaburan mereka dalam akaun Al-Awfar masing-masing,” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Al-Awfar di sini, semalam.

Selain Kempen Gen Z, beberapa program lain turut dirancang termasuk Kempen Elit di mana pelanggan yang melabur dana baharu ke dalam akaun Al-Awfar layak mendapat gandaan peluang untuk cabutan Al-Awfar.

Menurut Mohd Muadzam, gandaan peluang itu merangkumi lima kali kelayakan unit untuk pelaburan dana baharu berjumlah RM10,000, tujuh kali untuk RM50,000 dan 10 kali untuk RM100,000 dan ke atas.

“Bank Islam juga berusaha bersama rakan strategik kami KiplePay Sdn Bhd untuk menambah baik hadiah dan menjadikan kempen lebih menarik bagi program KipleUNI yang dilancarkan baru-baru ini,” katanya.

Dalam pada itu, majlis penyampaian hadiah berkenaan menyaksikan tujuh pemenang menerima hadiah bagi cabutan Al-Awfar Disember 2018 yang terdiri daripada kategori Cabaran 1 Juta dan Cabutan Khas membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM2.85 juta.

Majlis mengumumkan dua pelanggan dari Pahang sebagai Jutawan Al-Awfar baharu yang masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM1 juta selain lima pemenang kategori Cabutan Khas yang masing-masing membawa pulang sebuah kereta Mercedes C200 Avantgarde dan empat kereta Honda Civic 1.5TC-P.

Jelas Mohd Muazzam, sejak lebih sedekad di pasaran, Al-Awfar menerima sambutan cukup memberangsangkan hingga merekodkan saiz dana berjumlah RM2.93 bilion menerusi 868,710 akaun setakat bulan lalu, sekali gus menunjukkan peningkatan keyakinan pelanggan terhadap produk terbabit.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM457,532.41
Ethereum (ETH) RM11,352.51
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,917.44
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM9.63
BUSD (BUSD) RM4.22
Cardano (ADA) RM3.17
Solana (SOL) RM730.43
Dogecoin (DOGE) RM0.937957
Polkadot (DOT) RM19.39
Polygon (MATIC) RM0.966611
Lido Staked Ether (STETH) RM11,332.14
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM99.53