BN nafi kenyataan calonkan TPM dan menteri

0

Kenyataan yang tular kononnya BN mencalonkan Mohamad Hasan dan beberapa lagi Ahli Parlimen sebagai timbalan perdana menteri dan menteri.
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) menafikan satu kenyataan yang tular kononnya gabungan itu menamakan Ahli Parlimen Rembau Mohamad Hasan serta berapa lagi Ahli Parlimen sebagai timbalan perdana menteri dan menteri dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.
BN menerusi Facebook menjelaskan, pihaknya menafikan kenyataan palsu yang kini tular di media sosial.
Kenyataan itu juga didakwa mencadangkan Mohamad sebagai menteri dalam negeri.
Selain itu, kenyataan itu turut didakwa menyenaraikan beberapa Ahli Parlimen BN untuk dilantik dalam Kabinet antaranya Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Ghani sebagai menteri kewangan; Azalina Othman Said (Hal Ehwal Undang-Undang); Khaled Nordin (Pelajaran); Mohamad Alimin (Kerja Raya).

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM446,167.67
Ethereum (ETH) RM11,157.09
Tether (USDT) RM4.29
BNB (BNB) RM2,822.36
USDC (USDC) RM4.29
XRP (XRP) RM10.38
BUSD (BUSD) RM4.29
Cardano (ADA) RM3.36
Solana (SOL) RM739.26
Dogecoin (DOGE) RM0.971658
Polkadot (DOT) RM20.98
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM11,162.71
Shiba Inu (SHIB) RM0.000065
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.18
Avalanche (AVAX) RM102.28