Tangkap layar daripada video tular menunjukkan murid menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa dalam banjir semalam.
PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menjelaskan video tular sekumpulan murid menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dalam banjir berlaku semalam.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak, Kajang.
Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, hasil pemantauan mendapati banjir kilat kira-kira 4.30 petang itu akibat hujan lebat berterusan lebih sejam di Kajang.
“Ia melibatkan 64 murid berumur 11 tahun yang sedang menduduki UPKK yang dipantau 8 guru penjaga peperiksaan.
“Keadaan terkawal dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku, air surut sepenuhnya kira-kira 7 petang,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, sekolah itu terletak di kawasan rendah yang sering dilanda banjir kilat.
“Banjir kilat hanya melibatkan kawasan sekolah,” katanya sambil menambah paras air semalam setinggi 0.6m.
Previous articlePresident urges Iranians to thwart ‘enemy’ on Kurdistan visit