Bung, Zizie fail rayuan di Mahkamah Rayuan selepas ditolak Mahkamah Tinggi

0

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan Zizie Izette berdepan tuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 pada 2015.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isteri, Zizie Izette memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas mahkamah tinggi menolak rayuan untuk mencabar arahan Mahkamah Sesyen yang meminta pasangan itu membela diri atas tuduhan rasuah dan bersubahat.
Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How berkata pasangan itu memfailkan notis rayuan kepada pendaftar mahkamah tinggi, salinannya kemudian dihantar kepada pihak pendakwaan.
Notis itu difailkan di mahkamah tinggi bagi membolehkan pendaftar menyediakan rekod rayuan untuk kedua-dua pihak.
Pada Jumaat lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan bahawa adalah salah Bung dan Zizie memfailkan rayuan, disokong dengan afidavit, bagi meminta keputusan Hakim Rozina Ayob disemak.

Pihak pendakwaan berkata, pasangan itu hanya menghantar sekeping surat kepada Azhar bagi meminta keputusan itu disemak semula.
Timbalan ketua menteri Sabah itu didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 ketika beliau menjadi pengerusi Felcra.
Beliau didakwa menerima wang berkenaan sebarang dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra bagi membuat pelaburan berjumlah RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual pada Jun 2015.
Zizie pula berdepan tiga tuduhan bersubahat dengan Bung.

Law berkata, kes pembelaan dijadual bermula di mahkamah sesyen pada 3 Jan ini kerana Bung dan Zizie tidak memfailkan sebarang permohonan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.
Bung dan Zizie diwakili peguam M Athimulan dan K Kumaraendran.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM443,514.47
Ethereum (ETH) RM10,633.94
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,756.94
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.01
BUSD (BUSD) RM4.27
Cardano (ADA) RM3.19
Solana (SOL) RM715.03
Dogecoin (DOGE) RM0.925208
Polkadot (DOT) RM20.02
Polygon (MATIC) RM0.997575
Lido Staked Ether (STETH) RM10,640.94
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM96.66